BERITA TERKINI   12 MAUT, DUA PARAH DALAM KEMALANGAN BAS-TRAILER DI GHANA | Malaysia, Pakistan komited perkukuh hubungan dua hala, keamanan serta kemakmuran sejagat - PM Anwar | Malaysia, Pakistan bincang langkah tegas hentikan kekejaman Israel terhadap orang awam di Gaza, Lubnan- PM Anwar | Malaysia hargai peranan pengantaraan Pakistan dalam rundingan antara Iran dan Amerika Syarikat - PM Anwar | PM Anwar ucap Selamat Hari Raya Aidiladha kepada PM Pakistan Shehbaz Sharif, harap persaudaraan terus kukuh | 

Affin Bank Dapat Kelulusan BNM Ambil Alih Pheim AM Pada Harga RM50 Juta

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Affin Bank Bhd menerima kelulusan daripada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengambil alih keseluruhan kepentingan ekuiti dalam Pheim Asset Management Sdn Bhd (Pheim AM) pada harga RM50 juta.

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, bank itu berkata BNM melalui surat bertarikh 2 April, 2026, yang diterima hari ini, telah meluluskan cadangan pengambilalihan berkenaan.

“Kelulusan ini tertakluk kepada Affin Bank yang menjalankan semakan pasca penyiapan terhadap beberapa proses operasi Pheim AM Group, antaranya semakan oleh pihak luar yang bebas sebelum penyepaduan sistem,” katanya.

-- BERNAMA