Niaga Hadapan KLCI Dibuka Tinggi Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka tinggi di Bursa Malaysia Derivatives pada Selasa.

Pada 9.24 pagi, kontrak April 2026 meningkat 5.5 mata kepada 1,703.50, Mei 2026 naik 4.0 mata kepada 1,703.00, Jun 2026 menambah 6.0 mata kepada 1,705.00, manakala September 2026 meningkat 5.5 mata kepada 1,685.00.

Jumlah dagangan sebanyak 1,099 lot, dengan kepentingan terbuka berjumlah 34,172 kontrak.

Selepas 33 minit dagangan, FBM KLCI meningkat 9.67 mata kepada 1,711.97 daripada paras 1,702.30 ketika ditutup pada Isnin.

-- BERNAMA