1jam ago
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- AirAsia X Bhd mengumumkan sijil perakuan pengendali udara (AOC) gabungannya membawa kira-kira 18.9 juta penumpang pada suku pertama 2026, meningkat sebanyak sembilan peratus berbanding tahun sebelumnya dipacu oleh lonjakan permintaan domestik.
1jam ago
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Bank Pembangunan Asia (ADB) mengunjurkan ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 4.6 peratus pada 2026 dan 4.5 peratus pada 2027.
1jam ago
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Kerajaan memberi amaran untuk mengambil tindakan penguatkuasaan kepada mana-mana syarikat korporat dan industri yang bertindak membeli minyak pada harga pam secara diam-diam, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
1jam ago
GEORGE TOWN, 10 April (Bernama) -- Kerajaan sedang mempertingkatkan usaha untuk meletakkan Malaysia pada kedudukan lebih tinggi dalam rantaian nilai semikonduktor melalui program MyChipStart, yang bertujuan memupuk syarikat reka bentuk litar bersepadu (IC) tempatan.
1jam ago
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- PRIVASIA Technology Bhd (PRIVASIA) bakal membangunkan daerah Bagan Datuk, Perak sebagai hab infrastruktur digital, berikutan pemeteraian perjanjian kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) bernilai RM569 juta bagi projek pusat datanya.
1jam ago
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Data muncul sebagai pemacu penting pertumbuhan ekonomi dan daya saing negara dengan keupayaan Malaysia mengurus serta memanfaatkannya secara berkesan dapat memastikan kedudukan dalam ekonomi digital global.
2jam ago
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Sunsuria Bhd selesai mengambil alih kepentingan ekuiti tambahan sebanyak 41.00 peratus dalam KL City Gateway Sdn Bhd (KLCG) sekali gus meningkatkan pegangan sahamnya daripada 20 peratus kepada 61 peratus.
2jam ago
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) menjangka momentum dagangan di Bursa Malaysia Bhd kekal positif dalam tempoh terdekat sebelum beralih kepada sektor berasaskan pemulihan secara berperingkat berikutan purata nilai dagangan harian (ADV) yang lebih kukuh pada suku pertama 2026.
2jam ago
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Prospek jangka pendek AirAsia X Bhd (AAX) kekal disokong permintaan perjalanan yang berterusan, meskipun pelaksanaan surcaj bahan api baharu bagi menangani lonjakan harga bahan api jet susulan konflik di Asia Barat menyebabkan kenaikan tambang penerbangan.
3jam ago
PUTRAJAYA, 10 April (Bernama) -- Kerajaan mungkin perlu menyemak semula kedudukan kewangan dan peruntukan subsidi semasa sekiranya kos subsidi BUDI MADANI RON95 terus melonjak susulan tekanan krisis tenaga global, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.
3jam ago
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Perdagangan borong dan runcit Malaysia pada Februari 2026 mencatatkan jualan sebanyak RM156.3 bilion, mencerminkan pertumbuhan 5.3 peratus tahun ke tahun, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
3jam ago
PUTRAJAYA, 10 April (Bernama) -- Kadar pengangguran pada Februari 2026 kekal 2.9 peratus, mencatat bilangan penganggur yang lebih rendah, iaitu 506,800 orang, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).