3jam ago
KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Ringgit melonjak sebanyak 135 mata asas untuk meningkat semula kepada paras 3.96 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi pembukaan dagangan hari ini, disokong oleh sentimen risiko global yang lebih baik susulan potensi rundingan pusingan kedua antara AS dan Iran.
14jam ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Isnin, menjejaki pengukuhan harga minyak mentah susulan konflik berterusan di Asia Barat, kata seorang peniaga.
16jam ago
KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini berikutan pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS) dan peralihan kedudukan pelabur di tengah-tengah ketidaktentuan geopolitik di Asia Barat.
17jam ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin, menjejaki prestasi pasaran serantau yang hambar apabila rundingan Iran-Amerika Syarikat (AS) berakhir tanpa penyelesaian, seterusnya mendorong Washington meneruskan rancangan sekatan terhadap Selat Hormuz.
17jam ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- Ringgit menyusut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir urus niaga Isnin susulan ketidaktentuan di Asia Barat yang meruncing dan menekan sentimen, kata penganalisis.
18jam ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Isnin, menjejaki niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.
18jam ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- Kesan ekonomi jangka masa pendek Malaysia diunjurkan kekal terkawal, walaupun rundingan damai antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran menghadapi kebuntuan, kata ahli ekonomi.
1hari ago
Oleh Nurul Hanis Izmir
PUTRAJAYA, 13 April (Bernama) -- Dalam suasana ketidaktentuan ekonomi global susulan ketegangan geopolitik dan turun naik harga minyak mentah, persoalan utama kini bukan sekadar menyentuh keupayaan kerajaan mengurus krisis, tetapi sejauh mana kesediaan rakyat memainkan peranan dalam memastikan impaknya dapat diminimumkan.
1hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- Ringgit dibuka kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama hari ini tetapi rendah sedikit berbanding dolar AS berikutan ketidaktentuan luaran yang meningkat dan permintaan yang lebih kukuh terhadap mata wang Amerika Syarikat (AS) itu.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia dijangka melepasi paras psikologi 1,700 pada minggu depan, didorong oleh sentimen lebih kukuh selain harga minyak lebih stabil, kata penganalisis.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka terus meningkat, disokong oleh pelaksanaan mandat biodiesel, harga minyak lebih tinggi serta risiko bekalan yang dikaitkan dengan faktor cuaca, menurut CIMB Securities Sdn Bhd.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd mengekalkan unjuran positif terhadap sektor pembuatan Malaysia yang dijangka mencatat pertumbuhan 4.1 peratus pada 2026.