BERITA TERKINI   AAX memperoleh langganan penuh bagi cadangan RM1 bilion tawaran saham persendirian berharga pada RM1.65 sesaham | 

Terdapat 1441 berita berdasarkan kata kunci carian " dibuka"

Ringgit Ditutup Tinggi Berikutan Percanggahan Trump-Fed Lemahkan Dolar AS

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Ringgit terus mengukuh berbanding dolar AS pada Selasa ke arah paras RM4.05 ketika menutup dagangan selepas dibuka pada RM4.06, berikutan serangan berterusan pentadbiran Presiden Amerika Syarikat Donald Trump terhadap Rizab Persekutuan (Fed) yang menjejaskan keyakinan pasaran dan melemahkan dolar AS.

Bursa Malaysia Naik 8.74 Mata, Teruskan Momentum Meningkat Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan pagi ini dengan mengekalkan momentum peningkatannya, didorong oleh belian berterusan dalam kaunter perkhidmatan kewangan dan berkaitan pengguna.

Bursa Malaysia Naik Pada Paras Tertinggi Baharu Dalam Enam Tahun Susulan Minat Belian Berterusan

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia meneruskan momentum meningkat apabila ditutup pada paras tertinggi baharu dalam tempoh enam tahun hari ini, disokong oleh minat belian yang berterusan dalam saham wajaran tinggi dan perladangan, seiring dengan prestasi kukuh pasaran serantau.

One Gasmaster Yang Akan Disenarai Di Pasaran ACE Sasar Kumpul RM19.38 Juta Daripada IPO

KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- One Gasmaster Holdings Bhd menyasarkan untuk mengumpul RM19.38 juta daripada tawaran awam permulaan (IPO) menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE pada 27 Jan 2026.

Bursa Malaysia Meningkat Sebelum Akhiri Sesi Pagi, Indeks Utama Naik 0.44 Peratus

KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan prestasi tinggi pada Isnin, apabila indeks utama meningkat 0.44 peratus susulan sokongan belian terhadap kaunter perbankan dan perladangan.

Bursa Malaysia Tinggi Semasa Awal Dagangan, KLCI Kekal Di Atas Paras 1,680

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia mencatatkan prestasi tinggi semasa awal dagangan pada Isnin menjejaki kenaikan Wall Street pada minggu lepas, apabila sentimen pelabur yang bertambah baik meningkatkan minat belian.

Kontrak Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FBM KLCI dibuka tinggi pada Isnin, seiring dengan kenaikan di pasaran tunai.

Ringgit Dijangka Diniagakan Pada 4.04-4.07 Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan dalam julat 4.04-4.07 pada minggu depan dengan keseimbangan risiko cenderung ke arah pengukuhan ringgit ketika pelabur beralih daripada dolar Amerika Syarikat (AS), kata penganalisis.

Yayasan Peneraju Perkenal Pakej Asas Percepat Kemahiran AI Bumiputera

KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Yayasan Peneraju (YP) melengkapkan skim pembiayaannya dengan memperkenalkan pakej asas yang akan ditawarkan mulai esok 9 Jan, 2026, bertujuan mempercepat kemahiran tambahan bumiputera dalam latihan kecerdasan buatan (AI).

Belian Saham Perbankan Pacu FBM KLCI Naik 0.34 Peratus Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat ketika mengakhiri sesi dagangan pagi Jumaat dengan indeks petunjuk utama naik 0.34 peratus dipacu oleh sokongan belian bagi saham-saham perbankan.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Susulan Momentum Belian Bertambah Baik

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Jumaat dengan dagangan kebanyakannya tertumpu kepada kaunter berwajaran tinggi utama.