3jam ago
KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- Malaysia menyambut baik minat syarikat aeroangkasa Brazil, Embraer, untuk meneroka peluang di Malaysia, termasuk menubuhkan operasi pemasangannya, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
6jam ago
KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- Petronas Gas Bhd (PGB) mengeluarkan surat lantikan kepada MISC Bhd untuk pembekalan, operasi dan penyelenggaraan Unit Penyimpanan dan Pengegasan Semula Terapung (FSRU) baharu bagi Terminal Pengegasan Semula Ketiga (RGT-3) di Lumut, Perak.
6jam ago
KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- Bank Pembangunan Asia (ADB) dan Jepun memulakan Tindakan untuk Mewujudkan Keselamatan Tenaga bagi Daya Tahan Jangka Panjang (ACCEL), sebuah inisiatif bersama yang menyokong negara dan perniagaan di Asia dan Pasifik menghadapi kenaikan harga tenaga.
10jam ago
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 4 Mei (Bernama) -- Lembaga Pelabuhan Labuan (LPA) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Institut Maritim Malaysia (MIMA) dalam usaha memperkukuhkan kerjasama, perkongsian pengetahuan dan kerjasama strategik dalam sektor maritim.
10jam ago
KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- Bank Muamalat Malaysia Bhd (Bank Muamalat) hari ini melancarkan pelan ASB Smart Education, sekali gus menjadi institusi kewangan pertama dalam kalangan ejen Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) yang menawarkan penyelesaian pembiayaan Amanah Saham Bumiputera (ASB) berfokuskan pendidikan.
12jam ago
KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- Uzma Bhd menjalin kerjasama strategik dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi mewujudkan platform supaya kedua-dua pihak dapat bekerjasama dalam dua bidang utama iaitu perniagaan dan pembangunan keupayaan.
12jam ago
KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- Malaysia perlu memperluas pembiayaan hijau, memperkukuh keupayaan teknologi tempatan serta meningkatkan penyertaan merentas sektor dan wilayah bagi memanfaatkan sepenuhnya peralihan global ke arah kemampanan, sekali gus menjadikan risiko iklim sebagai kelebihan daya saing dalam rantaian nilai hijau.
14jam ago
ISKANDAR PUTERI, 4 Mei (Bernama) -- Keyakinan pelabur terhadap Johor kekal kukuh meskipun negara sedang berdepan cabaran besar dengan krisis bekalan global, kata Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Mei (Bernama) -- MARA Liner Sdn Bhd (MARALINER) memeterai enam perkongsian strategik, sekali gus menandakan satu peristiwa penting dalam perjalanan transformasinya ke arah ekosistem pengangkutan awam yang moden, berdaya tahan dan dipacu teknologi.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 1 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd mengumumkan pelantikan Azizan Abdul Aziz sebagai pengarah pasaran modal Islam (ICM) berkuat kuasa pada hari ini.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Shopee melancarkan inisiatif Shopee Lindung Niaga bernilai RM150 juta bagi memperkukuh daya tahan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di Malaysia melalui sokongan menyeluruh melibatkan penghantaran, modal kerja serta pemenuhan pesanan.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Sharp Electronics (Malaysia) Sdn Bhd memperkukuh penglibatan bersama pengguna menerusi kerjasama dengan peruncit peralatan elektrik Jepun, Nojima Malaysia, di samping merancang untuk memperluas ekosistem jenama Jepun miliknya.