4jam ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding kebanyakan mata wang serantau termasuk dolar AS berikutan minat risiko yang semakin baik, disokong oleh keyakinan yang semakin tinggi bahawa laluan melalui Selat Hormuz adalah selamat.
5jam ago
KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- Standard Chartered Malaysia melantik Mushahid Syed sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) interim dan ketua liputan bagi Malaysia berkuat kuasa 8 Mei, 2026 bagi menggantikan Mak Joon Nien yang akan beralih ke kerjaya baharu.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC) mencatatkan jumlah aset industri sebanyak US$94 bilion (AS$1=RM3.95) pada 2025, meningkat 13 peratus berbanding tahun sebelumnya.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 26 April (Bernama) -- Bekas penyunting Bahasa Inggeris Bernama Teoh Hock Siew meninggal dunia semalam, pada usia 80 tahun.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 26 April (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) sedang meneroka pembangunan mekanisme berkaitan karbon secara berperingkat menerusi pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO), termasuk menilai kesesuaian model kredit karbon yang selaras dengan konteks industri sawit negara.
10hari ago
Daripada Amiril Muttaqien Meketar
HORSENS (Denmark), 24 April (Bernama) -- Barisan kejurulatihan negara membawa mesej jelas bahawa Malaysia akan memulakan kempen Final Piala Thomas dan Piala Uber 2026 di sini dengan kuat, kekal tenang dan hadapi tekanan dengan yakin.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Malaysia dan Filipina bersepakat mengenai kepentingan komunikasi secara berterusan bagi kedua-dua negara dalam menangani isu keselamatan tenaga.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) hari ini bersetuju dengan tiga cadangan utama meliputi fasilitasi logistik, sokongan mitigasi risiko dan peluasan pasaran bagi memastikan rantaian bekalan serta kelangsungan industri domestik tidak terjejas teruk susulan krisis bekalan global.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- YTL AI Labs hari ini melancarkan ILMU Claw, yang membolehkan pengguna, pembangun dan perusahaan Malaysia membina ejen kecerdasan buatan (AI) autonomi, yang dihoskan sepenuhnya pada infrastruktur Malaysia melalui YTL AI Cloud yang selamat.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Wartawan Perkhidmatan Berita Ekonomi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Zufazlin Baharuddin, telah terpilih menyertai Program Residensi Khazanah (KRP) Wolfson Press Fellowship 2026 anjuran Khazanah Nasional Bhd.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) – Keupayaan Malaysia berunding dengan Iran untuk mendapatkan laluan selamat bagi import minyak mentahnya melalui Selat Hormuz, bukan menunjukkan kegagalan dalam prinsip undang-undang maritim antarabangsa, sebaliknya mencerminkan realiti bahawa hak di bawah undang-undang sering memerlukan sokongan diplomatik, kata seorang pakar logistik.
19hari ago
KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) menyasarkan untuk mengenal pasti 10 syarikat semikonduktor terbaik bagi menyertai tahun pertama program SemiconStart Malaysia.