Terdapat 519 berita berdasarkan kata kunci carian "rusia"

Pasaran Getah Ditutup Tinggi

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Selasa, disokong oleh harga minyak mentah yang stabil dan trend bercampur-campur dalam niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.

Bursa Malaysia Kekal Stabil Harungi Cabaran Global, Disokong Penilaian Menarik

KUALA LUMPUR, 21 Dis (Bernama) -- Pasaran saham Malaysia pulih dan kekal stabil menjelang akhir tahun, disokong oleh penilaian menarik dan pemulihan pendapatan meskipun kegawatan perdagangan global yang tercetus akibat tarif Amerika Syarikat (AS) serta penutupan kerajaan berpanjangan yang menjejaskan sentimen pelabur.

LHDN Selesai Proses Bayaran Balik Cukai Berjumlah RM17 Bilion

CYBERJAYA, 19 Dis (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah memproses bayaran balik cukai berjumlah RM17 bilion melibatkan 3.53 juta kes bagi tempoh 1 Januari hingga 18 Disember lepas.

Pasaran Getah KL Ditutup Tinggi Didorong Harga Minyak Mentah, Jangkaan Rangsang China

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi hari ini, menjejaki harga minyak mentah yang lebih kukuh, kata peniaga.

Ekonomi Negara Terus Berkembang Pada 2025 Walaupun Berdepan Cabaran

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 14 Dis (Bernama) -- Malaysia memasuki tahun 2025 dalam keadaan kekangan fiskal, pembaharuan subsidi, perdagangan global tidak menentu dan ringgit yang rendah tetapi ekonomi negara terus berkembang walaupun prospek secara keseluruhannya kekal berhati-hati.

Pasaran Getah Dijangka Bergerak Mendatar Dengan Cenderung Menaik Minggu Depan

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 13 Dis (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia dijangka bergerak mendatar dengan kecenderungan menaik dari segi permintaan dan harga minggu depan, didorong oleh musim tengkujuh dan hujan lebat di negara-negara pengeluar getah utama, menurut pakar industri Denis Low.

Pekebun Kecil Diingatkan Tidak Terpedaya Dengan Penjualan Baja Tidak Tulen Di Pasaran - MPOB

KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) -- Pekebun kecil sawit diingatkan supaya tidak terpedaya dengan penjualan baja tidak tulen di pasaran yang boleh menjejaskan hasil dan menyebabkan kerugian, kata Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Datuk Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir.

Malaysia, Rusia Sedang Teroka Kerjasama Di Bawah Program Tenaga Nuklear Nasional

KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Malaysia dan Rusia sedang meneroka bidang kerjasama baharu dalam penggunaan tenaga nuklear secara aman ketika Putrajaya memuktamadkan Program Tenaga Nuklear Nasional.

Rusia Berusaha Pertingkat Kerjasama Dagangan, Ekonomi Dengan Malaysia -- Duta

KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Rusia berusaha mempertingkatkan kerjasama perdagangan dan ekonomi dengan Malaysia terutamanya dalam sektor elektronik dan semikonduktor yang dianggap penting secara strategik oleh Moscow berikutan perubahan rantaian bekalan global.

2025: Detik Perubahan Sektor Minyak Dan Gas Malaysia, Momentum Dijangka Berterusan

KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) -- Malaysia melangkah menuju 2026 dengan sektor minyak dan gas yang masih kukuh, namun faktor yang mempengaruhinya sedang berubah lebih cepat berbanding dalam tempoh beberapa dekad lepas.

Sektor Teknologi Malaysia Terus Melonjak Susulan Ledakan AI, Pusat Data Pada 2025

KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) -- Sektor teknologi Malaysia terus mengekalkan momentum kukuh pada 2025, dipacu oleh kemajuan pesat dalam bidang kecerdasan buatan (AI) serta ledakan pelaburan pusat data, di tengah persaingan strategik yang semakin sengit antara Amerika Syarikat (AS) dan China.