Terdapat 357 berita berdasarkan kata kunci carian " 2022"

Saliran Lantik CFO Yong Wai Kin Sebagai Pengarah Eksekutif

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Saliran Group Bhd melantik Ketua Pegawai Kewangan (CFO) syarikat, Yong Wai Kin sebagai Pengarah Eksekutif berkuat kuasa hari ini.

PNB Diiktiraf Pelabur Berdaulat Terbaik Malaysia, Duduki Tempat Ke-17 Di Peringkat Global - Global SWF

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Permodalan Nasional Bhd (PNB) telah diiktiraf sebagai pelabur berdaulat terbaik Malaysia dan menduduki tempat ke-17 di peringkat global dalam Papan Skor GSR (Tadbir Urus, Kemampanan dan Ketahanan) 2025 diterbitkan oleh firma penyelidikan Global SWF berpangkalan di Amerika Syarikat.

Kecelaruan Dasar, Tarif Dan Geopolitik Berisiko Rencat Pertumbuhan Ekonomi Global

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Dasar perdagangan tidak menentu, pasaran kewangan yang rapuh dan konflik geopolitik yang berlarutan berisiko merencatkan pertumbuhan ekonomi global, demikian menurut Moody's Analytics.

Suruhanjaya Tinggi Malaysia Di New Zealand Sokong Inisiatif USANITA Perluas Ke Pasaran Australasia

KUALA LUMPUR, 12 Julai (Bernama) -- Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Zealand menyatakan sokongan penuh terhadap misi USANITA Group dalam memperkasakan usahawan wanita Malaysia untuk berkembang ke pasaran antarabangsa, terutamanya di rantau Australasia.

MIDF Amanah Jangka Pertumbuhan Pembuatan Mampan Walaupun Berdepan Risiko Tarif

KUALA LUMPUR, 12 Julai (Bernama) -- MIDF Amanah Investment Bank Bhd menjangka sektor pembuatan Malaysia mengekalkan momentum pemulihannya, didorong oleh pengeluaran perkilangan yang meningkat dan permintaan domestik yang berdaya tahan walaupun cabaran luaran terus menjadi kebimbangan.

Sarawak Cable Akan Nyahsenarai Daripada Bursa Malaysia Pada 15 Julai

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Sarawak Cable Bhd akan nyahsenarai daripada Pasaran Utama Bursa Malaysia berkuat kuasa 15 Julai, 2025, selepas bursa menolak rayuannya untuk lanjutan tempoh bagi mengemukakan pelan penyusunan semula.

Sabah Terima Pelaburan RM35.38 Bilion Dari 2021-2024

KOTA KINABALU, 8 Julai (Bernama) -- Kerajaan Sabah menerima pelaburan bernilai RM35.38 bilion melibatkan 420 projek sepanjang 2021 hingga 2024, Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah diberitahu hari ini. 

Malaysia Pelawa Airbus, Embraer Pertimbang Jadikan Negara Hab MRO, Rantaian Bekalan

KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Malaysia mempelawa pengeluar pesawat seperti Airbus dan Embraer untuk menjadikan negara ini sebagai hab bagi aktiviti penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) serta rantaian bekalan sekiranya perjanjian pembelian pesawat oleh AirAsia dan Malaysia Airlines direalisasikan. 

Esteel Enterprise Tingkatkan Pelaburan, Bukti Keyakinan Terhadap Ekonomi Sabah

KOTA KINABALU, 7 Julai (Bernama) -- Esteel Enterprise Sabah Sdn Bhd melaksanakan langkah strategik dengan meningkatkan jumlah pelaburan dan memperluas kapasiti operasi, bukti keyakinan berterusan terhadap prospek pertumbuhan ekonomi Sabah.

MAG Tambah 20 Pesawat A330neo Perkukuh Pertumbuhan Rangkaian

KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) -- Malaysia Aviation Group (MAG), syarikat induk bagi syarikat penerbangan nasional Malaysia Airlines telah melaksanakan hak pembeliannya membeli tambahan 20 pesawat A330neo melalui pesanan terus dengan Airbus.

Nilai Kontrak Diperoleh Syarikat Tempatan Mencecah RM18.57 Bilion Dalam Projek ECRL

RAWANG, 1 Julai (Bernama) -- Nilai kontrak diperoleh syarikat tempatan menerusi penglibatan dalam projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) telah mencecah RM18.57 bilion, mengatasi RM10.8 bilion yang disasarkan, kata Pengerusi Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Bursa Malaysia Lulus Cadangan Pelan Pemulihan Sapura Energy Keluar Daripada Status PN17

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd (Bursa Malaysia) telah meluluskan pelan pemulihan Sapura Energy Bhd (Sapura Energy) untuk membolehkan syarikat itu keluar daripada status Notis Amalan 17 (PN17), selepas empat kali tempoh lanjutan tarikh akhir.