Terdapat 178 berita berdasarkan kata kunci carian " derivatif"

Niaga Hadapan FBM KLCI Meningkat Pada Sesi Awal

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatif diniagakan lebih tinggi pada sesi awal hari ini.

Niaga Hadapan MSM Meneruskan Keuntungan Selepas Pengukuhan Minyak Kacang Soya

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif meneruskan trend menaiknya untuk ditutup lebih tinggi hari ini selepas sentimen pasaran dirangsang oleh kenaikan dalam harga minyak kacang soya di Lembaga Perdagangan Chicago.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Harga Minyak Mentah Lebih Kukuh

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup tinggi sedikit pada Isnin, disokong oleh kenaikan harga minyak mentah yang lebih kukuh.

Keuntungan Bersih Maybank Pada RM2.59 Bilion, Dipacu Perbankan Korporat

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih Malayan Banking Bhd (Maybank) telah meningkat kepada RM2.59 bilion pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025 berbanding RM2.49 bilion yang dicatatkan pada tahun sebelum ini selepas dipacu oleh segmen perbankan korporat dan pasaran global.

Emas Didagangkan Dalam Jajaran Kecil Tetapi Mengukuh Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 24 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif mungkin didagangkan dalam jajaran kecil tetapi cenderung untuk naik pada minggu depan, ini berpotensi mencecah paras US$3,350 setiap auns troy menjelang pelepasan minit mesyuarat bank pusat serta laporan inflasi perbelanjaan penggunaan peribadi Amerika Syarikat (AS).

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Mendatar Minggu Depan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 24 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif dijangka bergerak mendatar dengan sedikit kecenderungan menurun minggu hadapan berikutan pengeluaran yang dijangka meningkat pada minggu-minggu akan datang.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Berikutan Kelemahan Dolar US

KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih tinggi hari ini, disokong oleh dolar US yang lebih lemah di tengah -tengah kebimbangan fiskal Amerika Syarikat yang berterusan.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup rendah hari ini apabila ketegangan geopolitik mereda dan pasaran global kembali stabil.

Batu Kawan Catat Keuntungan Bersih Sebanyak RM87.88 Juta

KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih Batu Kawan Bhd melonjak kepada RM87.88 juta untuk suku kedua berakhir pada 31 Mac 2025 berbanding hanya RM84.72 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun sebelum ini.

Eksport Halal Malaysia Ke Algeria Meningkat 24 Peratus kepada RM156.3 Juta pada 2024

KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Eksport halal Malaysia ke Algeria melonjak sebanyak 24 peratus kepada RM156.3 juta pada 2024 dengan penghantaran termasuk makanan dan minuman, kosmetik, bahan disahkan halal dan derivatif minyak sawit.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih rendah hari ini, diseret oleh kebimbangan mengenai peningkatan output pada minggu-minggu akan datang, kata peniaga minyak sawit David ng.

Petronas Chemicals Catat Kerugian Bersih Suku Pertama RM18 Juta Meskipun Perolehan Tinggi

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Petronas Chemicals Group Bhd (PCG) mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM18 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025 (S1 2025).