9bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Untung bersih Hartalega Holdings Bhd (Hartalega) bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2025 (TK2025) melonjak kepada RM74.54 juta daripada RM12.50 juta pada TK2024, manakala perolehan meningkat kepada RM2.59 bilion daripada RM1.84 bilion sebelumnya.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Langkah Malaysia memeterai perjanjian pensijilan halal dengan Indonesia serta pemansuhan kawalan harga telur secara berperingkat, mendapat perhatian serta pujian Bank Dunia yang menyifatkannya sebagai positif dalam landskap ekonomi negara.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Majlis Penasihat Perniagaan-ASEAN (ASEAN-BAC) memuji kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan MADANI dalam menangani isu tarif Amerika Syarikat (AS) dengan cara yang tenang dan seimbang serta melindungi kepentingan negara.
9bulan ago
SINGAPURA, 6 Mei (Bernama) -- Kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Singapura menunjukkan minat ketara terhadap Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), termasuk peluang beralih atau mengembangkan perniagaan di kawasan berkenaan.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Bahagian pasaran sektor sarung tangan getah Malaysia di pasaran Amerika Syarikat (AS) dijangka meningkat kepada 55 peratus meskipun berdepan kenaikan tarif sebanyak 10 peratus serta tarif timbal balas yang dikenakan oleh negara itu ke atas Malaysia.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Ekonomi Malaysia dijangka kekal kukuh dan mengatasi prestasi negara setaranya walaupun ketidaktentuan global yang semakin meningkat didorong oleh ketegangan perdagangan, kata Moody's Ratings.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan mempertimbangkan pengenalan pakej insentif khas kepada perniagaan yang terjejas berikutan tarif Amerika Syarikat (AS) selepas meneliti impaknya serta kesan kepada kedudukan fiskal negara.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US pagi ini, disokong oleh sentimen positif ke atas mata wang tempatan, kata seorang penganalisis.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Malaysia akan memulakan rundingan tarif timbal balik bersama Amerika Syarikat (AS) pada Selasa dengan objektif utama supaya tiada tarif dikenakan ke atas negara terutamanya dalam sektor-sektor penting, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz
9bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin dalam keadaan penyusutan dolar Amerika Syarikat (AS), kata penganalisis.
9bulan ago
SHAH ALAM, 5 Mei (Bernama) -- Kerajaan komited untuk melindungi ekonomi negara menerusi pendekatan pantas, cekap dan kreatif dalam usaha menangani ketidaktentuan tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
9bulan ago
Oleh Nor Baizura Basri dan Zarul Effendi Razali
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Sidang Khas Dewan Rakyat berkaitan isu tarif Amerika Syarikat (AS) hari ini memberi peluang kepada ahli parlimen untuk mendengar penjelasan daripada kerajaan mengenai usaha berterusan bagi menangani impak ketidaktentuan ekonomi global terhadap negara.