BERITA TERKINI   Kekangan logistik, keperluan latihan faktor utama PRN Johor dan Negeri Sembilan tidak diadakan serentak - SPR | PRN Johor: Seramai 2,727,926 individu layak mengundi - SPR | PRN Negeri Sembilan: Seramai 889,490 individu layak mengundi - SPR | PRN Negeri Sembilan diadakan pada 1 Ogos, penamaan 18 Julai - SPR | 216 penggiat industri kreatif terima sumbangan berjumlah RM164,256 menerusi program Ziarah Seni MADANI FINAS sejak 2023 - Teo | 

Terdapat 6338 berita berdasarkan kata kunci carian " ekonomi"

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS Didorong Harapan Terhadap Perjanjian AS-Iran

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Isnin, didorong oleh harapan terhadap penyelesaian konflik antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran walaupun keadaan masih amat tidak menentu.

MNRB Sasar Selesai Ambil Alih Labuan Re Menjelang Suku Keempat 2026

KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- MNRB Holdings Bhd menjangkakan proses pengambilalihan Labuan Reinsurance (L) Ltd (Labuan Re) dapat diselesaikan menjelang suku keempat 2026.

TNB Kekal Berdaya Tahan, Fokus Kepada Bekalan Stabil dan Nilai Untuk Rakyat

KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) hari ini mengumumkan prestasi kewangan bagi suku pertama tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2026 (S1 TK2026), sekali gus membuktikan komitmen berterusan syarikat dalam memperkukuh jaminan tenaga negara, meningkatkan daya tahan grid elektrik serta memastikan manfaat jangka panjang terus dinikmati rakyat dan negara.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Aktiviti Ambil Untung

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup lebih rendah pada Isnin susulan pelabur bersikap berhati-hati dengan aktiviti pengambilan untung dicatatkan dalam saham wajaran tinggi terpilih, dalam persekitaran peningkatan hasil bon global dan menjelang pengumuman data inflasi AS.

Pasaran Getah Kuala Lumpur Ditutup Bercampur-campur

KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Isnin, seiring dengan prestasi pasaran niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.

Keuntungan Bersih Suku Ketiga Sime Darby Melonjak Kepada RM654 Juta

KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih Sime Darby Bhd untuk suku ketiga tahun kewangan berakhir pada 31 Mac 2026 melonjak kepada RM654.00 juta berbanding RM193.00 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun lepas.

Bank Di Malaysia, Ekonomi APAC Kurang Terkesan Oleh Kenaikan Harga Tenaga - Moody’s

KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Bank-bank di Malaysia dan beberapa ekonomi Asia Pasifik (APAC) dijangka kurang terjejas oleh kenaikan harga tenaga, menurut Moody's Ratings.

VentureTECH, Pacton Jalin Kerjasama Untuk Perkasa Platform Akuakultur Berkuasa AI

KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Syarikat pelaburan impak yang disokong kerajaan, VentureTECH Sdn Bhd (VentureTECH) membuat pelaburan strategik dalam Pacton Technologies Sdn Bhd (Pacton), bagi mempertingkatkan platform pengurusan akuakultur kecerdasan buatan (AI) dan Internet untuk Pelbagai Benda (IoT), FishSpeak.

Misi Perak Ke China Buka Komitmen Pelaburan Bernilai Lebih RM1.6 Bilion - Saarani

IPOH, 25 Mei (Bernama) -- Misi perdagangan dan pelaburan kerajaan negeri Perak ke China selama lapan hari dari 17 Mei lepas telah membuka prospek dan komitmen pelaburan baharu bernilai lebih RM1.6 bilion melibatkan sektor teknologi digital, kecerdasan buatan (AI), pusat data, tenaga hijau, automotif dan industri masa depan.

Bekalan Ubat, Peranti Perubatan Negara Kekal Stabil, Terkawal - Akmal Nasrullah

KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Kerajaan memberi jaminan bekalan ubat-ubatan dan peranti perubatan negara kekal stabil serta terkawal, dengan langkah mitigasi berterusan dilaksanakan khususnya bagi item kritikal dan berisiko tinggi, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Pelaksanaan B15 Di Semenanjung Pada 1 Jun Tidak Jejaskan Eksport Minyak Sawit Negara - Noraini

PUTRAJAYA, 25 Mei (Bernama) -- Pelaksanaan biodiesel B15 yang akan bermula di seluruh semenanjung pada 1 Jun ini dijangka memperkukuh keselamatan tenaga negara tanpa menjejaskan jumlah eksport minyak sawit negara.