Terdapat 125 berita berdasarkan kata kunci carian " getah asli"

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Dalam Julat Terhad Dengan Kecenderungan Meningkat Minggu Depan

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Pasaran getah tempatan dijangka diniagakan dalam julat terhad dengan kecenderungan meningkat, berikutan kebimbangan berterusan perubahan iklim yang lebih ekstrem disebabkan keadaan cuaca yang tidak boleh dijangkakan, kata pakar industri Denis Low.

Pasaran Getah Ditutup Tinggi

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur mengekalkan momentum meningkatnya dengan ditutup tinggi pada Rabu, seiring dengan peningkatan pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah, meskipun ketiadaan pemain China, kata seorang peniaga.

Pasaran Getah Tempatan Dijangka Diniagakan Seimbang Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Pasaran getah tempatan dijangka diniagakan seimbang dengan dinamik permintaan dan penawaran mengimbangi antara satu sama lain memandangkan aktiviti perdagangan akan terhad pada tahap tertentu berikutan cuti Minggu Emas di China yang akan datang, kata pakar industri Denis Low.

Pasaran Getah Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah hari ini disebabkan kejatuhan pasaran niaga hadapan getah serantau, di tengah-tengah kebimbangan mengenai ekonomi China yang perlahan dan konflik di Timur Tengah yang makin meningkat.

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Rabu sejajar dengan pasaran niaga hadapan getah serantau apabila data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang kukuh menjejaskan prospek penurunan kadar faedah AS yang agresif, kata peniaga.