6bulan ago
Oleh K Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, terjejas disebabkan penurunan harga minyak mentah dan minyak kacang soya.
6bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif melemah hari ini selepas kebimbangan mengenai geopolitik mereda dan pelabur mengalihkan tumpuan mereka ke arah peralihan dinamik monetari.
6bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), didorong oleh kemungkinan gencatan senjata dalam konflik Israel-Iran, kata ahli ekonomi.
6bulan ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup lebih rendah hari ini, selaras dengan aliran menurun di pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Malaysia perlu mempercepat pembangunan jaguh tempatan dalam industri semikonduktor dan mengukuhkan rantaian nilainya untuk kekal berdaya saing di peringkat global, kata Presiden Persatuan Industri Semikonduktor Malaysia (MSIA) Datuk Seri Wong Siew Hai.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Jenama telekung tempatan terkenal, Siti Khadijah (SK) menyasarkan jualan sebanyak RM2.5 juta dalam tempoh tiga hingga enam bulan bagi koleksi telekung terbaharunya, Maharani, yang dilancarkan hari ini.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut pada akhir sesi dagangan pagi ini, diasak oleh aktiviti jualan saham-saham wajaran tinggi susulan penurunan harga minyak akibat ketegangan di Timur Tengah.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Pengeluar minyak sawit Malaysia perlu mempergiat usaha untuk melindung nilai dan mempelbagaikan aktiviti hiliran bagi mengurangkan risiko turun naik harga secara mendadak, kata ketua ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Selasa dengan lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) susulan kemungkinan krisis di Timur Tengah mereda apabila Presiden Donald Trump mengumumkan gencatan senjata antara Israel dan Iran, kata penganalisis.
6bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives melonjak semula untuk ditutup lebih tinggi pada Isnin, didorong oleh ketegangan geopolitik yang meningkat susulan pengeboman kemudahan nuklear Iran oleh Amerika Syarikat (AS) pada Ahad.
6bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin apabila penglibatan AS dalam perang antara Israel dan Iran telah meningkatkan permintaan terhadap aset selamat seperti dolar AS, kata penganalisis.
6bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan and Danni Haizal
KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) melantun daripada penurunan awal dan ditutup lebih tinggi hari ini, didorong oleh aktiviti memburu saham-saham berharga rendah selain minat berterusan pelabur susulan sentimen berhati-hati terhadap prospek ekonomi global, kata penganalisis.