3bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Jumaat, bergerak seiring dengan prestasi niaga hadapan emas di Bursa Komoditi New York (COMEX), Amerika Syarikat yang lebih lemah.
3bulan ago
BAGAN DATUK, 24 Okt (Bernama) -- Pekebun koko diminta untuk terus kekal menghasilkan komoditi berkenaan dan tidak beralih kepada tanaman lain berikutan potensinya yang dilihat tinggi dan memberangsangkan, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
3bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) menjangkakan Parlimen Kesatuan Eropah (EU) akan meluluskan cadangan untuk menangguhkan pelaksanaan Peraturan Produk Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR).
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Amaun tuntutan subsidi diesel oleh syarikat minyak bagi bulan Ogos 2024 telah berkurang sebanyak 51.6 peratus berbanding amaun tuntutan bagi bulan Mei 2024, sejak pelaksanaan penyasaran subsidi diesel mulai 10 Jun 2024, kata Kementerian Ekonomi.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Eksport oleokimia berasaskan sawit Malaysia ke China meningkat 1.4 kali ganda dalam tempoh sedekad kepada 604,208 tan pada 2023 daripada 434,333 tan pada 2014, dengan nilai perdagangan mencecah RM2.82 bilion.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini susulan kenaikan dalam pasaran emas Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS), kata seorang peniaga.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Pelarasan dalam cukai eksport di bawah Belanjawan 2025 akan membantu industri penapisan minyak sawit menjadi lebih berdaya saing berbanding Indonesia, menurut Glenauk Economics.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Kadar duti eksport minyak sawit mentah (MSM) disemak semula dalam usaha memastikan bekalan komoditi tersebut di pasaran tempatan dan menggalakkan aktiviti pemprosesan lanjut dan aktiviti hiliran bagi menghasilkan produk nilai tambah lain seperti biodiesel dan oleokimia, kata Kementerian Kewangan hari ini.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Kerajaan merangka pelbagai langkah untuk meningkatkan taraf hidup rakyat termasuk menerusi bantuan tunai program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang melibatkan peruntukan RM8 bilion dan memanfaatkan 8.5 juta penerima tahun ini.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Inflasi keseluruhan Malaysia diunjur antara 2.0 peratus hingga 3.5 peratus pada 2025.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Ekonomi global dijangka berkembang stabil dan berdaya tahan pada tahun hadapan yang secara tidak langsung akan membantu meningkatkan perdagangan serta permintaan domestik bagi barangan dan perkhidmatan.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Ekonomi Malaysia diunjur berkembang antara 4.5 peratus dan 5.5 peratus pada 2025 berbanding jangkaan 4.8 peratus dan 5.3 peratus pada 2024, menurut Kementerian Kewangan (MoF).