Terdapat 1894 berita berdasarkan kata kunci carian " turun "

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-Campur

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Jumaat, menjejaki penurunan dalam pasaran niaga hadapan getah serantau susulan kebimbangan terhadap keputusan tarif perdagangan Amerika Syarikat (AS), kata seorang peniaga.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari Dipacu Aktiviti Belian Saham Harga Rendah

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Aktiviti belian pada harga rendah saham-saham berkaitan indeks mendorong indeks utama itu lebih tinggi pada tengah hari ini, dengan saham produk perindustrian dan perkhidamtan menerajui peningkatan, mencerminkan trend positif di kebanyakan pasaran Asia.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Anggaran Eksport Lemah

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Ketika Sentimen Serantau Berhati-hati

KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah untuk hari kedua berturut-turut pada Khamis, dipengaruhi oleh penyusutan beberapa saham wajaran tinggi berkaitan Petronas, syarikat telekomunikasi dan perbankan terpilih, menggambarkan sentimen berhati-hati yang terus memberi kesan terhadap pasaran serantau.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Seiring Prestasi Serantau

KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi Khamis dengan lebih rendah, diasak aktiviti jualan membabitkan saham wajaran tinggi tertentu selain menjejaki prestasi pasaran serantu ketika pelabur kian gelisah terhadap kebimbangan berkaitan tarif oleh Amerika Syarikat (AS).

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS Menjelang Minit Mesyuarat Fed

Oleh Nurul Jannah Kamaruddin

KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu menjelang minit mesyuarat dasar monetari Rizab Persekutuan AS (Fed) bagi Januari.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Sentimen Berhati-hati

KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia menyusut daripada kenaikan sederhana semalam untuk ditutup rendah sedikit hari ini dengan lebih separuh daripada komponen indeks utama mencatatkan penurunan.

Bursa Malaysia Susut Pada Tengah Hari Susulan Aktiviti Jualan, Sentimen Serantau

KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi Rabu dengan lebih rendah berikutan aktiviti jualan membabitkan saham wajaran tinggi terpilih dan bermodal kecil selain sentimen bercampur-campur di peringkat pasaran serantau.

Niaga Hadapan FBM KLCI Kebanyakannya Rendah Dalam Awal Dagangan

KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives kebanyakannya rendah pada awal dagangan Rabu.

Sentimen Berhati-hati, Kurang Pemangkin Baharu Asak Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia menyaksikan dagangan lebih rendah dalam sesi awal pada Rabu, diheret turun oleh kekurangan pemangkin baharu dan sentimen berhati-hati susulan tindakan peniaga meneliti keadaan semasa dan cabaran inflasi.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Berikutan Kejatuhan Harga Minyak Sayuran

KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Selasa, terkesan daripada kelemahan minyak sayuran berkaitan dan kekurangan data asas yang baharu, kata seorang penganalisis.

Belian Lewat Dorong Bursa Malaysia Ditutup Pada Paras Tertinggi Harian

KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi harian pada Selasa, didorong oleh belian lewat dalam saham wajaran tinggi dan sejajar dengan kebanyakan pasaran serantau.