1tahun ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Isnin dengan mencecah paras intra harian tertinggi, dipacu oleh aktiviti memburu saham wajaran tinggi, terutama perladangan dan pembinaan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) memberi amaran cadangan untuk mengehad bilangan unit kediaman yang boleh dibeli oleh rakyat Malaysia untuk pelaburan boleh menyebabkan keruntuhan sektor perumahan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Sebanyak enam syarikat yang berpangkalan di Malaysia adalah antara hampir 400 entiti dan individu yang dikenakan sekatan oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) kerana beroperasi atau pernah beroperasi dalam sektor pembuatan Rusia.
1tahun ago
Oleh NurulJannah Kamaruddin
KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Minat yang dijangka berterusan dalam saham perladangan ketika kenaikan harga minyak sawit mentah dan penurunan kadar Rizab Persekutuan AS (Fed) dijangka mengimbangkan potensi turun naik berikutan pilihan raya AS, menstabilkan prestasi Bursa Malaysia minggu depan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Khazanah Nasional Bhd dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) hari ini mengeluarkan kenyataan berasingan mengenai kerugian sebanyak RM43.9 juta yang dialami kedua-dua syarikat itu setelah menjual pegangan dalam platform e-dagang Fashion Valet Sdn Bhd dengan harga RM3.1 juta.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Bumi Armada Bhd, Bumi Armada UK Ltd telah memperoleh kontrak bernilai £50 juta (RM282.5 juta) daripada EnQuest Heather Ltd.
1tahun ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS pada Jumaat menjelang pengumuman data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) malam ini dan pilihan raya presiden AS pada minggu depan, kata seorang penganalisis.
1tahun ago
Oleh NurulJannah Kamaruddin
KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Kenaikan dalam saham perladangan, SD Guthrie, didorong oleh lonjakan harga minyak sawit mentah (MSM) ke paras tertinggi bagi tempoh 28 bulan hari ini, menaikkan indeks barometer Bursa Malaysia untuk melepasi paras psikologi 1,600 pada Jumaat.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- BMI yang juga unit Fitch Solutions, menyemak naik unjuran pertumbuhan perbelanjaan kesihatan Malaysia kepada 8.7 peratus setahun bagi tempoh 2023 hingga 2028, berbanding unjuran awal pada 8.3 peratus.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) --FGV Holdings Bhd melantik Fakhrunniam Othman sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) kumpulan berkuat kuasa 1 Nov 2024.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Haily Group Bhd, Haily Construction Sdn Bhd meraih kontrak bernilai RM65.1 juta daripada Austin Senibong Development Sdn Bhd.
1tahun ago
Oleh Nurul Jannah Kamaruddin
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini seiring dengan prestasi pasaran serantau ketika pilihan raya Amerika Syarikat semakin menghampiri dengan pungutan suara menunjukkan persaingan yang sangat sengit.