Terdapat 1496 berita berdasarkan kata kunci carian " disember"

Ekonomi Singapura Tumbuh 5.7 Peratus Pada Suku Keempat 2025

KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Ekonomi Singapura mencatat pertumbuhan sebanyak 5.7 peratus bagi tahun ke tahun pada suku keempat 2025 yang merupakan lanjutan pertumbuhan 4.3 peratus pada suku sebelumnya, demikian menurut anggaran awal Kementerian Perdagangan dan Perindustrian (MTI) republik itu.

PMI Pembuatan Malaysia Bagi Disember Kekal Pada 50.1, Bukti Pengukuhan Kecil - S&P Global

KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan S&P Global 2025 bagi Disember 2025 yang diselaraskan secara bermusim, kekal tidak berubah pada 50.1 berbanding bulan sebelumnya.

Ringgit Ditutup Rendah, Kekal Akhiri 2025 Dengan Prestasi Lebih Mengukuh Berbanding Dolar AS

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada hari terakhir 2025 diasak oleh aktiviti pengambilan untung, namun kekal melakar prestasi sebagai antara mata wang berprestasi terbaik rantau ini bagi 2025.

BNM lantik Semula Seorang Ahli Luar MPC, Tiga Ahli Majlis Penasihat Syariah

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Bank Negara Malaysia hari ini mengumumkan pelantikan semula Nor Zahidi Alias sebagai ahli luar bagi Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 Januari 2026.

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Kebanyakannya Lebih Rendah

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya lebih rendah pada Rabu, menjejaki pasaran tunai pendasar. 

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Kebanyakannya Tinggi

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) kebanyakannya diniagakan tinggi pada sesi awal hari ini.

Pharmora Tingkatkan Pegangan Apex Healthcare Kepada 94.94 Peratus

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Apex Healthcare Bhd mengumumkan Pharmora Investment Holdings Pte Ltd meningkatkan pegangannya dalam syarikat itu kepada 94.94 peratus susulan tawaran pengambilalihan sukarela tanpa syarat.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Selasa susulan aktiviti pengambilan untung, meskipun harga yang lebih kukuh di COMEX Amerika Syarikat (AS).

Ringgit Ditutup Lebih Kukuh Berbanding Dolar AS, Mata Wang Utama

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih tinggi sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan mata wang utama lain pada Selasa, didorong oleh minat belian yang lebih baik. 

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini, sejajar prestasi di pasaran tunai.

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Kebanyakannya Rendah

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) kebanyakannya diniagakan rendah pada sesi awal hari ini.

Ringgit Teruskan Momentum Mengukuh Berbanding Dolar AS Pada Sesi Awal

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Selasa dengan meneruskan momentum pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) yang sebaliknya susut menjelang penerbitan minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) hari ini.