Terdapat 350 berita berdasarkan kata kunci carian " miti"

Pertumbuhan KDNK Tahunan Diunjurkan 4.0 Hingga 5.0 Peratus Bagi Tempoh RMK13 - MBSB Investment

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) dijangka menyasarkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang mampan pada kadar 4.0 hingga 5.0 peratus setahun dari 2026 hingga 2030, menurut MBSB Investment Bank.

Malaysia Komited Majukan Kerangka Rantaian Bekalan Semikonduktor ASEAN - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Malaysia, menerusi platform seperti Sidang Kemuncak Semikonduktor ASEAN (ASEMIS) 2025 komited untuk memajukan Rangka Kerja ASEAN bagi Rantaian Bekalan Semikonduktor Bersepadu dan mengukuhkan peranan rantau ini dalam memastikan keterjaminan teknologi global.

Pelaburan Pusat Data Mulai 2021 Hingga Mac 2025 RM144.4 Bilion - MITI

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Sebanyak 25 projek pelaburan pusat data diluluskan insentif Pecutan Ekosistem Digital (Desac) sepanjang tempoh 2021 sehingga 31 Mac 2025 dengan pelaburan berjumlah RM144.4 bilion, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Rundingan Pusingan Kedua Meufta Dijangka Pada November 2025 - MITI

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Malaysia dijangka menganjurkan rundingan pusingan kedua Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Kesatuan Eropah (MEUFTA) pada November ini, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Pelaburan Diluluskan Pelbagai Sektor Ekonomi Pada 2024 Hingga Mac 2025 RM474.2 Bilion - MITI

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Jumlah keseluruhan pelaburan yang diluluskan dalam pelbagai sektor ekonomi adalah RM474.2 bilion bagi tempoh 2024 sehingga Mac 2025, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Jumlah Dagangan Malaysia Naik 4.8 Peratus Kepada RM1.465 Trilion Pada Separuh Pertama 2025 - MITI

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Prestasi perdagangan Malaysia kekal kukuh pada separuh pertama 2025, meningkat 4.8 peratus kepada RM1.465 trilion berbanding tempoh yang sama pada 2024, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Kerajaan Sentiasa Pastikan Sebarang Perjanjian Akan Sokong Pembaharuan Ekonomi - Zafrul

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Pendekatan rundingan kerajaan sentiasa memastikan bahawa sebarang persetujuan yang dicapai menyokong pembaharuan ekonomi negara dan strategi pertumbuhan mampan.

MITI Belum Temui Bukti Penyeludupan Cip - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) tidak menemui sebarang bukti insiden berkaitan penyeludupan cip kecerdasan buatan (AI) berprestasi tinggi, kata Menterinya Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Prestasi Perdagangan Malaysia Di Landasan Capai Sasaran Pertumbuhan - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Prestasi perdagangan Malaysia bagi tahun ini masih kekal dalam unjuran dan berada di landasan untuk mencapai sasaran pertumbuhan empat hingga lima peratus, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Arahan Terbaharu Eksport Cip AI Miti Tidak Jejas Pusat Data -- MIDF

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- MIDF Amanah Investment Bank Bhd meyakini pusat data tidak akan terjejas susulan arahan terbaharu Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengenai cip kecerdasan buatan (AI).

MITI Wajibkan Keperluan Permit Ke Atas Eksport Cip AI Berasal Dari AS, Rapatkan Jurang Kawal Selia

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Berkuat kuasa serta merta, semua eksport, pemindahan dan transit cip kecerdasan buatan (AI) berprestasi tinggi yang berasal dari Amerika Syarikat (AS) kini tertakluk kepada Permit Perdagangan Strategik, inisiatif untuk merapatkan jurang pengawalseliaan, menurut  Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) hari ini.

Mesyuarat Jawatankuasa Rundingan Perdagangan ACAFTA Pacu Langkah Ke Arah FTA ASEAN-Kanada

KUALA LUMPUR, 12 Julai (Bernama) -- Jawatankuasa Rundingan Perdagangan (TNC) Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-Kanada Ke-14 (ACAFTA) dan mesyuarat berkaitan menandakan langkah penting ke arah memajukan FTA ASEAN-Kanada yang moden, berkualiti tinggi dan saling menguntungkan.