11bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 1 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif dijangka rendah minggu depan dalam persekitaran prestasi eksport yang kurang memberangsangkan, kata peniaga minyak sawit David Ng.
11bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 1 Feb (Bernama) -- Harga pasaran getah dijangka diniagakan stabil pada minggu depan, dengan dinamik bekalan dan permintaan saling mengimbangi disebabkan hujan berterusan di negara pengeluar getah dan cuti panjang sempena Tahun Baru Cina, kata pakar industri Denis Low.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) -- Kalangan penganalisis berbeza pandangan mengenai unjuran sektor minyak dan gas (O&G) Malaysia selepas Prospek Aktiviti Petronas (PAO) 2025-2027 diumumkan, yang mengunjurkan pengurangan aktiviti huluan dan penekanan terhadap perkhidmatan penyelenggaraan.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) -- Jumlah permintaan penumpang udara mencapai rekod tertinggi pada 2024 dengan lonjakan jumlah trafik sebanyak 10.4 peratus berbanding tahun lepas, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) -- Jumlah jualan keseluruhan industri (TIV) bagi kenderaan baharu dijangka susut sebanyak tujuh peratus tahun ke tahun kepada 760,000 unit pada 2025 daripada 816,674 unit tahun sebelumnya, kata CIMB Securities Sdn Bhd.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Pasaran kargo udara global menonjolkan kemajuan ketara tahun lepas dengan permintaan menokok 11.3 peratus dalam kargo tan kilometer (CTK) berbanding 2023, selepas permintaan melepasi jumlah rekod yang ditetapkan pada 2021, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
11bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives meneruskan trend kenaikan selama tiga hari berturut-turut sejak Jumaat hingga Selasa, disokong oleh pengeluaran minyak sawit di kilang-kilang Semenanjung Selatan yang lebih lemah dalam tempoh 1-25 Jan 2025, kata seorang penganalisis.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Platform pembiayaan rakan setara (P2P) microLEAP mencatatkan peningkatan 101 peratus tahun ke tahun dalam pengeluaran pembiayaan, melonjak kepada RM125 juta pada 2024 daripada RM62.18 juta pada 2023.
11bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya tinggi pada Isnin berikutan jangkaan pengeluaran yang rendah, kata peniaga minyak sawit David Ng.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Malaysia mahu menumpukan aspek penglibatan strategik dengan rakan perjanjiian perdagangan bebas (FTA) dan pasaran sedang pesat membangun pada 2025 dalam usaha meningkatkan eksportnya.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Keuntungan bersih Bursa Malaysia Bhd melonjak 22.9 peratus kepada RM310.12 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 (TK2024) daripada RM252.38 juta pada tahun sebelumnya, disokong oleh pengukuhan pasaran sekuriti dan derivatif serta prestasi perniagaan data.