Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, seiring dengan prestasi Wall Street dalam tempoh semalaman yang positif dalam persekitaran peningkatan keyakinan pengguna.
| BERITA TERKINI | Kesemua 36 pusat mengundi bagi PRK Parlimen Kinabatangan, DUN Lamag dibuka serentak 7.30 pagi ini- SPR | |
KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, seiring dengan prestasi Wall Street dalam tempoh semalaman yang positif dalam persekitaran peningkatan keyakinan pengguna.
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives membalikkan kenaikan semalam untuk ditutup lebih rendah hari ini susulan jangkaan permintaan eksport yang lemah.
KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan prestasi tinggi pada Rabu sejajar dengan kebanyakan pasaran serantau, apabila pelabur terus membeli saham wajaran tinggi terpilih, didahului oleh kaunter utiliti.
KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup sedikit tinggi hari ini didorong sentimen pelabur yang berhati-hati kerana mereka menunggu laporan Indeks Harga Pengguna (IHP) Amerika Syarikat (AS) minggu depan, sebelum memilih hala tuju pasaran.
Oleh Zarul Effendi Razali
KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Ringgit meneruskan penurunan semalam untuk ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa, apabila unjuran ekonomi global mendorong pelabur mengalihkan minat kepada mata wang selamat, kata penganalisis.
KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Pengeluaran minyak mentah dan kondensat berjumlah 41.8 juta tong pada suku ketiga 2024, menyusut sebanyak 8.9 peratus berbanding tahun sebelumnya, lapor Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan momentum peningkatannya pada dagangan tengah hari Selasa, disokong oleh belian dalam saham wajaran tinggi terpilih yang diterajui produk dan perkhidmatan pengguna, produk dan perkhidmatan perindustrian selain perladangan.
KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa, menjejaki prestasi positif semalamaan Wall Street.
KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Urus niaga ringgit dibuka rendah berbanding dolar US pagi ini dalam persekitaran sentimen berhati-hati dalam pasaran mata wang global, kata seorang penganalisis.
KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini berikutan dibebani oleh dolar Amerika Syarikat (AS) yang lebih kukuh selain berlaku pengambilan untung.
Oleh Zarul Effendi Razali
KUALA LUMPUR, 2 Dis Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin apabila pelabur mengalihkan minat kepada mata wang selamat termasuk dolar AS, kata penganalisis.
KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi dalam dagangan awal hari ini, menjejaki kenaikan di Wall Street pada Jumaat lepas.