BERITA TERKINI   TPM Ahmad Zahid mahu karya Malaysia, khususnya buku dan hasil seni tembusi pasaran Indonesia | Penetapan sempadan yang muktamad perkukuh kedudukan perundangan negara, tutup ruang tuntutan wilayah lebih besar masa hadapan - Arthur | Laporan media menyatakan Malaysia beri lebih 5,000 hektar tanah kepada Indonesia tidak tepat - Arthur | Kerajaan sambut baik mekanisme aduan rasmi Majlis Media Malaysia urus etika kewartawanan - Fahmi | Rundingan untuk penandaan dan pengukuran di kawasan OBP antara Malaysia dan Indonesia dilaksanakan secara harmoni - Arthur | 

Terdapat 262 berita berdasarkan kata kunci carian " kadar dasar semalaman"

HLIB Unjur BNM Kurangkan 25 Mata Asas OPR, Kenanga Jangka Dasar Tidak Berubah

KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB) mengunjurkan Bank Negara Malaysia (BNM) menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas susulan peningkatan ketidaktentuan dasar global.

Alliance Bank Jangka OPR Kekal Tiga Peratus Berikutan Persekitaran Ekonomi Yang Menggalakkan

KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Alliance Bank Malaysia Bhd menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada tiga peratus semasa mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) esok berikutan persekitaran ekonomi negara yang menggalakkan.

Maybank IB Jangka BNM Turunkan OPR 25 Mata Asas

KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) menjangka Bank Negara Malaysia (BNM) menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas (bps) pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) yang akan diadakan pada Rabu ini.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia merosot untuk dibuka rendah pada Isnin berikutan prestasi semalaman Wall Street yang negatif menjelang tarikh akhir pelaksanaan tarif balas pada Rabu ini.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Menjelang Mesyuarat Dasar BNM

KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Isnin berikutan pelabur mengambil pendekatan berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) pada Rabu ini dengan jangkaan meningkat terhadap potensi penurunan Kadar Dasar Semalaman (OPR), kata penganalisis.

SST Dan Tarif Baharu Elektrik: Langkah Strategik Perkukuh Kewangan Negara

Oleh Nurul Hanis Izmir

PUTRAJAYA, 6 Julai (Bernama) -- Ketika negara melangkah ke separuh kedua 2025, penyelarasan semula fiskal melalui peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dan semakan tarif elektrik dilihat sebagai langkah strategik kerajaan untuk mengukuhkan kewangan sambil mengutamakan kebajikan rakyat.

Ringgit Dijangka Diniagakan Dalam Julat Terhad Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan dalam julat yang terhad berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan apabila pelabur mengambil pendekatan berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) pada 9 Julai.

RHB IB Jangka BNM Kekal OPR Pada 3.0 Peratus

KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada paras 3.0 peratus dalam mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari pada 9 Julai, dengan keseimbangan risiko yang cenderung kepada satu penurunan kadar, menurut RHB Investment Bank (RHB IB).

OPR Dijangka Turun 25 Mata Asas Pada Separuh Kedua - HLIB

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan pendirian berhati-hati dan bertindak mengurangkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas pada separuh kedua 2025.

CIMB Investment Jangka Penstrukturan Semula Tarif Elektrik Bawa Impak Inflasi Minimum

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Penstrukturan semula tarif elektrik Malaysia dijangka membawa kesan minimum terhadap keseluruhan inflasi dan kesan langsungnya terhadap indeks harga pengguna (IHPI) utama adalah kecil, kata CIMB Investment Bank Bhd (CIMB).

HLIB Kekalkan Unjuran BNM Turun OPR 2.75 Peratus Pada Separuh Kedua 2025

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB) mengekalkan unjuran bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) akan menurunkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas (bps) kepada 2.75 peratus dalam separuh kedua 2025 atas faktor keperluan ekonomi.

Selera Pelabur Terhadap Aset Malaysia Meningkat Dipacu Penghindaran Risiko Global

Oleh Abdul Hamid A Rahman and Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Aliran masuk modal asing ke Malaysia yang mencatat paras tertinggi dalam tempoh sembilan tahun baru-baru ini mencerminkan selera pelabur global yang semakin meningkat terhadap aset Malaysia, meskipun suasana pasaran dunia masih dibayangi ketidaktentuan.