Terdapat 556 berita berdasarkan kata kunci carian " minggu lepas"

Pasaran Getah Ditutup Tinggi

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi pada Khamis, disokong oleh harga minyak mentah yang stabil dalam kebimbangan mengenai kekurangan bekalan getah asli akibat cuaca hujan di negara-negara pengeluar utama, kata peniaga.

FBM KLCI Kukuh Pada Tengah Hari, Pasaran Menyeluruh Kekal Positif

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia meningkat 0.54 peratus pada  tengah hari manakala pasaran secara keseluruhan turut kekal dalam wilayah positif apabila pelabur menjejaki prestasi bursa serantau selepas minggu yang perlahan, dengan menumpukan kepada kaunter terpilih.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, sejajar dengan kenaikan pasaran serantau pada Jumaat lepas.

Ringgit Tinggi Berbanding Dolar AS Didorong Data Pekerjaan AS Rendah

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Isnin, didorong oleh jangkaan meningkat terhadap penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) selepas data senarai gaji bukan ladang (NFP) yang rendah.

Ringgit Dijangka Kukuh Minggu Depan Susulan Peningkatan Jangkaan Penurunan Kadar

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 6 Sept (Bernama) -- Ringgit dijangka meningkat berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan selepas data gaji bukan ladang (NFP) AS yang dikeluarkan lebih rendah daripada jangkaan, sekali gus meningkatkan harapan terhadap penurunan kadar faedah di negara itu bulan ini.

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS pada Khamis selepas Indeks Dolar AS (DXY AS) naik 0.1 peratus kepada 98.245 mata walaupun laporan kekosongan pekerjaan di Amerika Syarikat (AS) lebih rendah daripada jangkaan, kata penganalisis.

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Bercampur-campur

KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup bercampur-campur pada Selasa.

Niaga Hadapan Emas Catat Paras Tertinggi Berikutan Jangkaan Penurunan Kadar Faedah

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup pada paras tertinggi dalam sejarah hari ini, melepasi US$3,500 setiap auns berikutan jangkaan penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) dan kebimbangan baharu berhubung kebebasan institusi Rizab Persekutuan.

Ringgit Ditutup Rendah Menjelang Mesyuarat MPC BNM

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah pada Selasa apabila sentimen pasaran kekal berhati-hati selain para peniaga bersedia menghadapi mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) pada Khamis bagi menilai penilaian ekonomi terkini.

FBM KLCI Ditutup Tinggi Disokong Oleh Belian Lewat Dagangan

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini disokong oleh aktiviti belian lewat di tengah-tengah prestasi pasaran serantau yang bercampur-campur dan menjelang mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia (BNM) pada Khamis.

Institusi Tempatan Kekal Pembeli Bersih Bagi Minggu Kelima, Catat RM1.16 Bilion

KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- Institusi tempatan meneruskan aktiviti pembelian bersih di Bursa Malaysia bagi minggu kelima berturut-turut pada minggu lepas dengan mencatat pembelian sebanyak RM1.16 bilion berbanding RM391.8 juta pada minggu sebelumnya.

Bursa Malaysia Dijangka Uji Psikologi 1,600 Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 30 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka meneruskan aliran meningkat minggu depan, menguji paras psikologi 1,600 selepas melepasi paras tersebut pada Isnin lepas (25 Ogos).