15hari ago
KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Selasa dengan meneruskan momentum pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) yang sebaliknya susut menjelang penerbitan minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) hari ini.
15hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini selepas pasaran terus berhati-hati susulan peningkatan paras stok.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) selaku antara utiliti utama dalam inisiatif Grid Kuasa ASEAN (APG), akan kekal sebagai pengupaya penting peralihan tenaga bersama perkumpulan itu dengan menjadikan kesalinghubungan rentas sempadan sebagai pemacu teras integrasi tenaga.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Velesto Energy Bhd, Velesto Malaysian Ventures Sdn Bhd telah menandatangani perjanjian penjualan saham untuk melupuskan keseluruhan kepentingan ekuitinya dalam Velesto Workover Sdn Bhd (VWSB) pada harga RM16.5 juta tunai.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia pulih daripada penurunan intra harinya, ditutup 0.23 peratus lebih tinggi hari ini menghampiri paras tertinggi dalam tempoh 16 bulan, susulan permintaan kukuh institusi.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) - Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya tidak berubah hari ini, seiring dengan prestasi di pasaran tunai asas.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) -- Persekutuan Pengilangan Malaysia (FMM) menyarankan agar kerajaan mengukuhkan daya saing kos Malaysia untuk menyokong pertumbuhan pembuatan ketika negara mula memasuki 2026.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) -- Malaysia mencatatkan pelaburan digital yang diluluskan di bawah inisiatif Malaysia Digital (MD) berjumlah RM54.13 bilion pada suku ketiga 2025, menjana 21,815 pekerjaan bernilai tinggi merentasi 402 syarikat digital, kata Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).
16hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) -- Malaysia perlu kekal terbuka kepada pelbagai perjanjian perdagangan lebih meluas yang melangkaui pasaran tradisionalnya, terutama dengan Amerika Syarikat (AS) dan China yang menjadi kunci kestabilan serta memacu pengukuhan ringgit.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) -- Maxis Bhd (Maxis) memaklumkan perkhidmatannya pulih sepenuhnya bagi pelanggan yang terjejas susulan kebakaran di tapak menara telekomunikasi di Kampung Kelebor, Kuala Kangsar, Perak pada 27 Dis, 2025.
16hari ago
KOTA KINABALU, 29 Dis (Bernama) -- Datuk Seri Wilfred Madius Tangau dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Palm Oil Industrial Cluster (POIC) Sabah manakala bekas pengarah Kastam Sabah Datuk Jonathan Kandok sebagai Timbalan Pengerusinya.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) -- Prestasi perdagangan Malaysia dengan Amerika Syarikat (AS) meningkat 30.0 peratus kepada RM325.2 bilion pada 2024 meskipun berdepan dengan ketidaktentuan dalam landskap perdagangan global, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).