5bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd (CGC) meraikan pencapaian pentingnya dengan penganjuran edisi ke-30 Anugerah CGC, menandakan usaha 30 tahunnya memperkasakan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta ekosistem kewangan yang lebih luas.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$120.61 bilion (US$1 = RM4.23) manakala aset mata wang asing lain berjumlah US$1.21 bilion pada akhir Jun 2025, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) sedang memuktamadkan Strategi Keselamatan Siber Malaysia (Malaysia Cyber Security Strategy, MCSS) 2025–2030 sebagai kesinambungan kepada MCSS 2020–2024, kata Kementerian Digital.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Insolvensi Rentas Sempadan 2025 mampu menyokong matlamat jangka panjang negara dalam menarik pelaburan langsung asing di samping memperkukuh kestabilan ekonomi negara.
5bulan ago
KOTA KINABALU, 29 Julai (Bernama) -- Kelulusan Enakmen Perubahan Iklim dan Tadbir Urus Karbon 2025 pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah pada 8 Julai lepas membuka peluang besar kepada Sabah untuk menarik pelaburan dalam pasaran karbon, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
5bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup rendah pada Isnin, sejajar dengan pasaran niaga hadapan getah serantau berikutan aktiviti pengambilan untung yang menyebabkan penurunan jangka pendek, kata peniaga.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia terus mencatatkan aliran meningkat dengan ditutup tinggi pada Jumaat, disokong oleh kenaikan niaga hadapan getah serantau yang didorong oleh peningkatan dalam pasaran niaga hadapan getah Shanghai dan harga minyak mentah yang stabil, kata peniaga.
5bulan ago
PETALING JAYA, 23 Julai (Bernama) -- Penyedia perkhidmatan pendidikan, YelaoShr Education Group Sdn Bhd secara rasminya telah beralih kepada francais berlesen di bawah nama YelaoShr, dengan rancangan pengembangan rangkaiannya ke 300 pusat di seluruh negara menjelang 2028.
6bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi pada Selasa, disokong oleh kenaikan niaga hadapan getah serantau dan kebimbangan mengenai kekurangan bekalan getah asli berikutan cuaca buruk di negara-negara pengeluar utama, kata peniaga.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Unit milik penuh Bursa Malaysia Bhd, Bursa Carbon Exchange (BCX) telah menandatangani memorandum kerjasama (MoC) dengan UEM Lestra Bhd, unit milik penuh UEM Group Bhd untuk merintis lelongan Kontrak Bekalan Tenaga Dua Hala (BESC) pertama di Malaysia di bawah Skim Bekalan Tenaga Boleh Baharu Korporat (CRESS).
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi hari ini, sejajar dengan pasaran niaga hadapan getah serantau.
6bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Prestasi dolar Amerika Syarikat (AS) yang lemah dijangka terus menyuntik manfaat ke atas ringgit serta ekuiti Asia di masa depan selain unjuran keadaan lebih goyah dalam separuh kedua 2025, kata Standard Chartered Bank.