4bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup rendah pada Jumaat, didorong oleh prestasi lemah dalam pasaran niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.
4bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- United Kingdom (UK) berhasrat untuk mengukuhkan kerjasama industri dengan negara-negara ASEAN, terutamanya dalam industri semikonduktor agar ianya mampu mewujudkan rantaian bekalan global yang berdaya tahan dalam usaha menangani ketidakpastian perdagangan yang berterusan termasuk kemungkinan pengenaan tarif yang lebih berat ke atas industri itu oleh Amerika Syarikat (AS).
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Isnin, menjejaki isyarat positif daripada rundingan Amerika Syarikat (AS)-Ukraine, yang mengehadkan potensi kenaikan emas seterusnya.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, meruskan keuntungan semalam, disokong minat belian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih dalam persekitaran sentimen berhati-hati terhadap prospek ekonomi global, kata seorang peniaga.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Ringgit kembali meningkat berbanding dolar US dan mata wang utama walaupun mata wang Amerika Syarikat (AS) catat kenaikan ketika ini di sebalik perundingan antara AS dan Ukraine, kata seorang penganalisis.
4bulan ago
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 18 Ogos (Bernama) -- Malaysia telah memuktamadkan rundingan untuk perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan Korea Selatan dan dijangka menandatangani perjanjian itu pada Oktober depan, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives (BMD) ditutup tinggi pada Isnin, mencerminkan pasaran emas COMEX Amerika Syarikat (AS) di tengah-tengah hasil Perbendaharaan AS yang lebih rendah.
4bulan ago
PETALING JAYA, 18 Ogos (Bernama) -- Industri perkapalan Malaysia kekal berdaya tahan dengan memenuhi permintaan global yang meningkat dan menjana keuntungan walaupun berdepan ketidaktentuan perdagangan global, kata Pengerusi Persatuan Perkapalan Malaysia (SAM) Ooi Lean Hin.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Pelabur asing terus mencatatkan belian bersih saham Asia untuk minggu kedua berturut-turut, dengan aliran masuk bersih berjumlah US$389.4 juta, menurut MBSB Investment Bank Bhd.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat semula daripada penurunan minggu lepas untuk dibuka tinggi hari ini, didorong oleh minat belian sederhana dalam saham wajaran tinggi terpilih, kata peniaga.
4bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 16 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka meningkat kepada paras rintangan 1,590 minggu depan, bergantung kepada sentimen risiko global yang menyokong serta kejelasan mengenai trajektori tarif semikonduktor, kata penganalisis.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih rendah hari ini sejajar dengan pasaran emas Comex Amerika Syarikat (AS) selepas para pelabur menunggu hasil pertemuan antara Presiden Donald Trump dan rakannya sejawatnya dari Russia, Presiden Vladimir Putin.