Terdapat 306 berita berdasarkan kata kunci carian "menteri ekonomi"

Kerajaan Pada Peringkat Akhir Muktamadkan Kriteria Kelayakan Subsidi RON95 - Amir Hamzah 

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Kerajaan kini pada peringkat akhir untuk memuktamadkan kriteria kelayakan dan kaedah pelaksanaan penyasaran subsidi petrol RON95 bersama pihak berkepentingan, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

RMK13 Fokus Lonjakan Industri Teknologi Tinggi, Pertumbuhan Ekonomi Baharu

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) menjadi dokumen penting yang merangka strategi pembangunan negara untuk tempoh lima tahun mendatang dengan tujuan memastikan Malaysia kekal berdaya saing dalam arus global yang kian mencabar.

Kerajaan Bangunkan Dasar, Teroka Platform Pemerdagangan Kredit Karbon Biru

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan akan membangunkan dasar atau garis panduan dan meneroka platform pemerdagangan kredit karbon biru sebagai langkah memperkasa ekonomi biru negara, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Agenda Pemerkasaan Bumiputera Diteruskan Dalam RMK13 - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Agenda pemerkasaan sosioekonomi bumiputera yang ditetapkan menerusi Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA 35) terus diberi penekanan dalam Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13).

Kerajaan Perkukuh Zon Ekonomi, Seimbangkan Pembangunan Antara Wilayah - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Kerajaan terus mempergiat usaha menarik pelaburan ke zon ekonomi khusus untuk merapatkan jurang pembangunan antara wilayah sepanjang tempoh Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13), kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Malaysia Perlu Beralih Kepada Ekonomi Berasaskan Penciptaan Nilai - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Malaysia perlu beralih kepada pembangunan ekonomi yang berasaskan penciptaan nilai dengan meningkatkan kerencaman ekonomi untuk menaikkan siling, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Bursa Malaysia Naik 70 Mata Sehingga Hari Ini Sejak Pembentangan RMK13 - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia mencatatkan peningkatan sebanyak 70 mata sehingga hari ini sejak Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) dibentangkan, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Malaysia Lihat ASEAN Sebagai Rantau Pertumbuhan Strategik Dalam Cabaran Global - MITI

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Malaysia melihat ASEAN sebagai rantau berpotensi besar yang belum dimanfaatkan sepenuhnya dan bersedia untuk menjadi pemacu pertumbuhan dan daya tahan yang dinamik dalam keadaan ketidaktentuan global, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Malaysia Akan Berusaha Muktamadkan Rundingan DEFA Pada Mesyuarat AEM– Tengku Zafrul

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 18 Ogos (Bernama) -- Malaysia akan berusaha memuktamadkan rundingan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital ASEAN (DEFA) semasa Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) pada bulan depan, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Bangladesh Mahu Teroka Lebih Banyak Pelaburan Dari Malaysia Untuk Pacu Ekonomi Pertumbuhan Tinggi - Muhammad Yunus

PUTRAJAYA, 12 Ogos (Bernama) -- Bangladesh mahu meneroka lebih banyak pelaburan dari Malaysia untuk mengukuhkan ekonominya dan membina masa depan yang mampan serta ekonomi berpertumbuhan tinggi, kata Ketua Penasihat Bangladesh Dr Muhammad Yunus.

ASEAN Sedia Naik Taraf FTA Dengan Jepun, Tepati Realiti Ekonomi Masa Kini

OSAKA (Jepun), 9 Ogos (Bernama) -- ASEAN telah menyatakan kesediaannya untuk menaik taraf perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan Jepun, sekali gus memaparkan hasrat membawa perjanjian itu seiring dengan era ekonomi moden.

Kerajaan Kaji Teroka Peluang 'Ekonomi Perak,' Hadapi Impak Negara Tua -- Hanifah Hajar

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Kerajaan sedang mengkaji peluang meneroka pertumbuhan ekonomi baharu seperti ‘ekonomi perak’ dalam usaha mempersiapkan Malaysia menghadapi impak negara tua menjelang 2043, kata Timbalan Menteri Ekonomi Hanifah Hajar Taib.