BERITA TERKINI   Piala Malaysia: Sabah FC 0-3 Melaka FC | 

Terdapat 2039 berita berdasarkan kata kunci carian " jumlah"

Affin Hwang Lancar Waran Berstruktur Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah Pertama Malaysia

KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- Affin Hwang Investment Bank Bhd melancarkan waran berstruktur niaga hadapan minyak sawit mentah pertama Malaysia di Bursa Malaysia.

Gamuda Mulakan Projek 75 London Wall Bernilai RM6.6 Bilion, Raih Pinjaman RM2.75 Bilion

Oleh Rosemarie Khoo

KUALA LUMPUR, 17 Jan  (Bernama) -- Usaha Gamuda Bhd dan pelabur hartanah berpangkalan di London, Castleforge membabitkan pembangunan semula 75 London Wall di United Kingdom (UK) bernilai £1.2 bilion (£1=RM 5.50) melakar detik bermakna menerusi majlis pecah tanah serta pemeteraian kemudahan pinjaman pembangunan bernilai £500 juta (RM2.75 bilion) yang juga antara jumlah terbesar sejak beberapa tahun lepas.

Unit Jati Tinggi Peroleh Kontrak RM25.50 Juta Daripada Tenaga Nasional

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Jati Tinggi Group Bhd, Jati Tinggi Holding Sdn Bhd menerima surat setuju terima daripada Tenaga Nasional Bhd untuk melaksanakan kerja kontrak bagi cadangan pembekalan secara pukal 275 kilovolt (kV) kepada sebuah pusat data di Selangor.

Pasaran Modal Malaysia RM4 Trilion Pacu Pertumbuhan Perniagaan Dan Pelabur - Wahid Omar

Oleh D.Arul Rajoo

LONDON, 16 Jan (Bernama) -- Ekuiti dan pasaran modal hutang Malaysia berjumlah RM4 trilion berada pada kedudukan baik untuk menyokong pertumbuhan negara, membolehkan perniagaan dan pelabur mendapat faedah daripada peluang baharu yang muncul, kata Pengerusi Bursa Malaysia Bhd Tan Sri Abdul Wahid Omar hari ini.

JS-SEZ Mampu Jadi Platform, Pintu Masuk Pelaburan Asia Tenggara - Exco

ISKANDAR PUTERI, 16 Jan (Bernama) -- Kerajaan Johor komited dalam menjayakan inisiatif Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang dilihat mampu menjadi platform atau pintu masuk pelaburan di Asia Tenggara.

Sekatan Eksport Cip AI Tidak Jejas Pusat Data Malaysia-- Liew

PETALING JAYA, 16 Jan (Bernama) -- Potensi sekatan oleh kerajaan Amerika Syarikat (AS) terhadap eksport cip kecerdasan buatan (AI) tidak akan menjejaskan pusat data sedia ada di Malaysia, menurut Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong.

Kerajaan Usaha Baiki Ekosistem RDCI, Tingkatkan Daya Saing Malaysia - Rafizi

PUTRAJAYA, 16 Jan (Bernama) -- Kementerian Ekonomi dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sedang dalam proses menambah baik ekosistem Penyelidikan, Pembangunan, Pengkomersilan dan Inovasi (RDCI) dalam negara, dengan mengambil kira beberapa jurang yang masih wujud berhubung perkara itu.

Johor Catat Hasil RM2.1 Bilion Tahun Lepas, Tertinggi Pernah Direkodkan - Onn Hafiz

ISKANDAR PUTERI, 16 Jan (Bernama) -- Johor mencatatkan kutipan hasil sebanyak RM2.1 bilion pada tahun lepas, tertinggi yang pernah direkodkan, kata Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi.

HDC Sasar 2,443 Pengeksport Halal Malaysia Bagi 2025

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Halal Development Corporation Bhd (HDC) menyasarkan sebanyak 2,443 pengeksport halal Malaysia bagi tahun ini berbanding 1,600 pengeksport setakat Disember 2024.

Malaysia, UK Bincang Tingkat Hubungan Kepada Perkongsian Strategik

Daripada D.Arul Rajoo

LONDON, 15 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bertemu rakan sejawatannya dari United Kingdom (UK), Sir Keir Starmer, dan membincangkan tentang usaha untuk meningkatkan hubungan kedua-dua negara kepada perkongsian strategik meliputi semua bidang.

Pemberi Tawaran Peroleh 86.18 Peratus Saham MAHB Tarikh Akhir Dilanjut Ke 24 Jan 2025

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Pengambilalihan baki saham oleh pemberi tawaran bersama bagi saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) bagi pihak Gateway Development Alliance Sdn Bhd, Pantai Panorama Sdn Bhd, Kwasa Aktif Sdn Bhd dan Gip Aurea Pte Ltd telah mencapai 86.18 peratus.