1tahun ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Selasa disokong oleh penanda aras harga minyak mentah yang stabil serta peningkatan dalam pasaran niaga hadapan getah Shanghai, kata seorang peniaga.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) melihat kenaikan tarif sarung tangan perubatan dari China di Amerika Syarikat (AS) sebagai peluang kepada industri sarung tangan getah negara untuk meningkatkan kembali bahagian pasaran di AS.
1tahun ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) -- Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menyasarkan lebih 90 peratus pekebun kecil bebas akan mendapat pensijilan Minyak Sawit Lestari Malaysia (MSPO) menjelang akhir tahun depan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Kemungkinan tarif Amerika Syarikat (AS) sehingga 60 peratus ke atas eksport China boleh memberi kesan pelbagai kepada ekonomi ASEAN, mewujudkan peluang pertumbuhan jangka masa sederhana untuk enam negara ASEAN (ASEAN-6) termasuk Malaysia, menurut OCBC.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan membantu pengilang solar Malaysia dan syarikat berkaitan yang terjejas oleh kenaikan tarif eksport solar Amerika Syarikat (AS) untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai langkah Washington itu.
1tahun ago
SEPANG, 28 Okt (Bernama) -- Malaysia terus berfungsi sebagai hab logistik untuk panel solar ketika Amerika Syarikat (AS) menaikkan tarif ke atas peralatan solar dari Asia Tenggara, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Sistem penyimpanan tenaga mampu memainkan peranan penting kepada fasa penting peralihan tenaga hijau Malaysia kerana ia mengupayakan pengurusan tenaga boleh baharu (TBB) yang berkesan serta menyokong pembangunan masa depan yang mampan dan rendah karbon, kata Citaglobal Bhd.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) dijangka mencatat pulangan stabil berterusan daripada loji janakuasa hidro susulan pelaksanaan Program Pelanjutan Hayat Hidro (HLEP).
1tahun ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Malaysia akan mempelbagaikan rakan dagang untuk meneroka pasaran baharu bagi eksport produk berkaitan solar dalam keadaan ketegangan geopolitik dan perang perdagangan antara China dan Amerika Syarikat (AS).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Malaysia dijangka menandatangani perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada akhir tahun ini, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Ringgit menokok sedikit berbanding dolar AS pada Rabu berikutan Indeks Dolar AS (DXY) terus meningkat selepas calon pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan hasrat menaikkan tarif import untuk melindungi dan meningkatkan ekonomi AS.
1tahun ago
VIENTIANE, 11 Okt (Bernama) -- Kerjasama ekonomi Malaysia-Kanada semakin kukuh dengan perdagangan dua hala mencecah RM8.05 bilion setakat Ogos lepas, meningkat sebanyak 41 peratus berbanding tahun sebelumnya, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).