9bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Malaysia Airlines Bhd (MAB) telah menyatakan komitmennya dengan memberi tumpuan kepada aspek latihan dan pengambilan pekerja bagi menangani isu peningkatan permintaan serta kompleksiti pesawat moden.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga pada Rabu dengan lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), biarpun sentimen berhati-hati ketara susulan perkembangan ekonomi global.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Amaun tuntutan subsidi diesel oleh syarikat minyak bagi bulan Ogos 2024 telah berkurang sebanyak 51.6 peratus berbanding amaun tuntutan bagi bulan Mei 2024, sejak pelaksanaan penyasaran subsidi diesel mulai 10 Jun 2024, kata Kementerian Ekonomi.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Eksport oleokimia berasaskan sawit Malaysia ke China meningkat 1.4 kali ganda dalam tempoh sedekad kepada 604,208 tan pada 2023 daripada 434,333 tan pada 2014, dengan nilai perdagangan mencecah RM2.82 bilion.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih tinggi pada Selasa, seiring dengan momentum meningkat dalam niaga hadapan getah serantau serta ringgit yang menyusut berbanding dolar AS, kata peniaga.
9bulan ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan dalam wilayah negatif pada Selasa susulan fasa konsolidasi yang berterusan berikutan kekurangan pemangkin bagi memacu minat belian, kata penganalisis.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) dijangka mencatat pulangan stabil berterusan daripada loji janakuasa hidro susulan pelaksanaan Program Pelanjutan Hayat Hidro (HLEP).
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Export-Import Bank of Malaysia Bhd (EXIM Bank) bersedia untuk mengukuhkan peranan dalam ekosistem Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP 2030) dengan menyediakan pembiayaan kepada syarikat Malaysia yang layak, termasuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
9bulan ago
Oleh M. Saraswathi
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Bagi syarikat utiliti seperti Tenaga Nasional Bhd (TNB), kedudukan kewangan kukuh, disokong oleh lembaran imbangan yang sihat, hutang rendah dan aliran tunai kukuh, membolehkannya memperuntukkan modal ke arah peningkatan infrastruktur, penyelidikan dan pembangunan serta penambahbaikan operasi yang memberi manfaat kepada pengguna.
9bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin berikutan kadar eksport yang lebih kukuh dan jangkaan pengeluaran yang lemah dalam tempoh beberapa minggu akan datang, kata peniaga.
9bulan ago
PETALING JAYA, 21 Okt (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan membantu Perusahaan Otomobil Bawah Sdn Bhd (Perodua) mengeluarkan kenderaan elektrik (EV) pertama di Malaysia berharga di bawah RM100,000.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Malaysia dan Singapura merupakan dua negara di ASEAN yang mempunyai biro kredit mantap yang mengumpul data meluas daripada pelbagai sumber, disokong oleh tahap penembusan perbankan tinggi dalam ekonomi mereka, kata Moody’s.