9bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Syarikat penerbangan Indonesia, PT TransNusa Aviation Mandiri (TransNusa) memeterai perjanjian dengan Pusat Perubatan Sunway dan Asia OneHealthCare bagi menyediakan pilihan penjagaan kesihatan tambahan kepada penumpangnya selain memperluas operasi ke dalam industri pelancongan kesihatan.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Inisiatif yang dibentangkan dalam Belanjawan 2025 membolehkan Malaysia menarik lebih banyak pelaburan berkualiti tinggi, inovatif dan mampan yang seterusnya menjadikan negara destinasi pelaburan terpilih di rantau Asia Tenggara.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Cadangan kerajaan memperuntukkan sejumlah RM900 juta bagi Program Residensi Rakyat (PRR) dan Rumah Mesra Rakyat menerusi Belanjawan 2025, mampu menangani keperluan kritikal terhadap pilihan perumahan mampu milik di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi.
9bulan ago
KUCHING, 22 Oct (Bernama) -- Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan dua pihak lain untuk bekerjasama dalam pembangunan modal insan dan penyelesaian teknologi dipacu kecerdasan buatan (AI), memfokuskan kepada industri berkaitan angkasa.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Eksport oleokimia berasaskan sawit Malaysia ke China meningkat 1.4 kali ganda dalam tempoh sedekad kepada 604,208 tan pada 2023 daripada 434,333 tan pada 2014, dengan nilai perdagangan mencecah RM2.82 bilion.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Export-Import Bank of Malaysia Bhd (EXIM Bank) telah memeterai perjanjian pembiayaan dengan Global Tower Corporation Pty Ltd (GTC) bernilai US$19.97 juta (US$ = RM4.32).
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Sistem penyimpanan tenaga mampu memainkan peranan penting kepada fasa penting peralihan tenaga hijau Malaysia kerana ia mengupayakan pengurusan tenaga boleh baharu (TBB) yang berkesan serta menyokong pembangunan masa depan yang mampan dan rendah karbon, kata Citaglobal Bhd.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Syarikat perkhidmatan kewangan berlesen, Sentosa Jaya Capital Sdn Bhd hari ini melancarkan Saham2u, platform pembiayaan pelaburan ekuiti atas talian yang pertama seumpamanya di Malaysia.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 akan meletakkan Malaysia sebagai peneraju serantau dalam inovasi dipacu kecerdasan buatan (AI), pertumbuhan ekonomi dan peningkatan kualiti hidup, kata MyDIGITAL Corporation (MyDIGITAL Corp).
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$119.6 bilion pada 15 Okt, 2024 berbanding dengan US$119.7 bilion pada 30 Sept, 2024.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Gamuda Bhd, bersama dengan dua syarikat berpangkalan di Taiwan, MiTAC Information Technology Corp dan Dong Pi Co, Ltd, meraih kontrak reka bentuk dan pembinaan siap guna bernilai RM4.3 bilion untuk projek Mass Rapid Transit (MRT) Xizhi Donghu di Taiwan.
9bulan ago
PUTRAJAYA, 22 Okt (Bernama) -- Menteri Ekonomi Rafizi Ramli akan menekankan isu-isu kritikal bagi Selatan Global termasuk pembangunan mampan, reformasi sistem tadbir urus global serta situasi geopolitik yang semakin berkembang di Timur Tengah pada 24 Oktober ini di Sidang Kemuncak BRICS Outreach/BRICS Plus di Kazan, Rusia.