BERITA TERKINI   Ringgit susut kepada 3.9530/9585 berbanding dolar AS pada akhir dagangan daripada 3.9330/9415 pada Khamis lepas | 

Terdapat 736 berita berdasarkan kata kunci carian " perang"

Jurang Kadar Faedah FFR-OPR Mengecil, Daya Tahan Domestik Pemacu Momentum Ringgit

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Ringgit dilihat bergerak ke paras 4.00 hingga 4.15 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang akhir 2025, selepas mengukuh enam peratus berbanding unit negara maju itu, sekali gus menjadikannya mata wang berprestasi terbaik dalam kalangan ASEAN selain mengesahkan lagi trajektori pengukuhannya.

Indeks Harga Pengeluar Perkhidmatan Malaysia Meningkat 1.0 Peratus Pada Suku Ketiga - DOSM

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Perkhidmatan Malaysia meningkat 1.0 peratus pada suku ketiga 2025, mengekalkan kadar yang sama seperti suku sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

AICB Gesa Kerjasama Rentas Sempadan Lebih Kukuh Untuk Perangi Peningkatan Kadar Jenayah Kewangan

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Kadar jenayah kewangan yang meningkat menggariskan keperluan mendesak untuk kerjasama rentas sempadan dan seluruh ekosistem bagi menangani ancaman itu, kata Asian Institute of Chartered Bankers (AICB).

Perkukuh Kolaborasi, Kreativiti Dan Tatalaku Dalam Perangi Jenayah Kewangan -- Gabenor BNM

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) menggesa industri kewangan untuk memanfaatkan prinsip kolaborasi, kreativiti dan tatalaku dalam mendepani cabaran baharu serta melindungi integriti ekosistem kewangan.

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini berikutan penurunan harga minyak mentah penanda aras, kata seorang peniaga.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Disokong Aktiviti Membeli Saham Berharga Rendah

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi intra harinya hari ini susulan aktiviti membeli saham murah yang muncul semula selepas dagangan hambar minggu lepas, sejajar dengan prestasi kukuh di pasaran serantau.

Pasaran Getah Ditutup Lebih Tinggi Susulan Perjanjian Gencatan Perang Dagangan AS-China

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup lebih tinggi hari ini disokong oleh perjanjian gencatan perang dagangan Amerika Syarikat (AS)-China, kata seorang peniaga.

Indeks Harga Pengeluar Malaysia Susut 0.8 Peratus Pada September 2025 - DOSM

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia, yang mengukur perubahan harga di peringkat pengeluar, mencatat penurunan kecil 0.8 peratus pada September 2025, berkurangan daripada penurunan 2.8 peratus pada bulan sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Isu Industri Semikonduktor Bakal Jadi Tumpuan Sempena Kehadiran Trump Ke Sidang Kemuncak ASEAN

KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Isu industri semikonduktor dijangka diberi perhatian utama semasa kehadiran Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, di sini.

Kehadiran Trump Ke Sidang Kemuncak ASEAN Lonjak Keyakinan Pelabur Serantau

KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Kedatangan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump ke Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) memberi isyarat positif kepada para pelabur bahawa AS masih menganggap hubungan dengan ASEAN sebagai sesuatu yang penting.

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Berikutan Kenaikan Niaga Hadapan Serantau

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup lebih tinggi hari ini, sejajar dengan aliran menaik di pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga. 

Indeks Pelopor Malaysia Turun 0.5 Peratus Pada Ogos 2025 – DOSM

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Indeks Pelopor Malaysia (IP) mencatatkan penurunan sebanyak 0.5 peratus kepada 113.7 mata pada Ogos 2025 daripada 114.3 mata pada bulan yang sama tahun sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).