9bulan ago
SHAH ALAM, 1 Okt (Bernama) -- Langkah mengguna pakai naratif bersesuaian dan keberanian melaksanakan beberapa keputusan yang sukar telah menyumbang kepada peningkatan ringgit untuk muncul sebagai mata wang berprestasi terbaik dunia berbanding dolar AS, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
9bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives pulih daripada penurunan pada Isnin untuk ditutup lebih tinggi hari ini.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Momentum ekonomi Malaysia yang positif dijangka kekal dalam tempoh beberapa bulan akan datang apabila Indeks Pelopor (IP) naik kepada 5.2 peratus tahun ke tahun pada Julai 2024.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi kebanyakannya pada Selasa berikutan risiko geopolitik di Timur Tengah dan kenyataan Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell mengenai kemungkinan pengurangan kadar faedah.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- CIMB Bank Bhd dan CIMB Islamic Bank Bhd (CIMB Bank) telah bekerjasama dengan Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd (CGC) untuk menawarkan pembiayaan tambahan RM1.5 bilion melalui skim jaminan portfolio kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
9bulan ago
Oleh Zarul Effendi Razali
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia pulih daripada penurunan semalam untuk ditutup tinggi hari ini, dipacu oleh aktiviti belian ketika harga rendah selepas jualan secara besar-besaran tiga hari berturut-turut, kata seorang penganalisis.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Profesional kewangan dan perakaunan perlu menangani ketidaksamaan upah termasuk mengambil peranan utama dalam mempromosikan amalan perniagaan yang mampan, menurut laporan yang diterbitkan oleh ACCA Global, Shift dan Forvis Mazars.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Malaysia akan menjalin kerjasama dengan peneraju industri dan meningkatkan kolaborasi dalam kalangan pihak berkepentingan sebagai usaha untuk menjadi negara yang dipacu oleh kecerdasan buatan (AI) terkemuka di ASEAN.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Malaysia menyasarkan untuk melengkapkan Pelan Tindakan Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam tempoh 12 bulan akan datang, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri majlis pecah tanah pusat data dan rantau awan Google bernilai US$2 bilion (US$1 = RM4.12) di Malaysia yang diadakan pada acara “Mantap Malaysia Bersama AI” yang julung kali diadakan.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Loji Janakuasa Prai milik Malakoff Corporation Bhd menjadi lambang kepada kecemerlangan dan inovasi dalam sektor tenaga Malaysia.