Terdapat 2124 berita berdasarkan kata kunci carian " seda"

Malaysia Akan Pantau Dasar Ekonomi Baharu AS

GEORGE TOWN, 11 Nov (Bernama) -- Malaysia akan memantau dasar ekonomi baharu yang akan dikeluarkan oleh Kabinet yang bakal terbentuk di Amerika Syarikat (AS) susulan kemenangan Donald Trump dalam pilihan raya presiden negara itu baru-baru ini.

Malaysia Berpotensi Teroka REE Bagi Menyokong Industri Pembuatan EV - Nik Nazmi

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Malaysia mempunyai potensi besar untuk terlibat dalam industri unsur nadir bumi (REE) di peringkat hiliran sekali gus menjadi negara pengeluar super magnet di dunia, khususnya bagi menyokong perkembangan industri pembuatan kenderaan elektrik (EV).

Azam Jaya Tingkatkan Kepakaran Di Tapak Bagi Projek Lebuhraya Pan Borneo

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Pakar infrastruktur jalan raya, Azam Jaya Bhd merancang untuk mengurangkan pergantungan kepada kontraktor luar dengan mengendalikan lebih banyak projek menggunakan sumbernya, terutama bagi projek Lebuhraya Pan Borneo.

Parlimen Sasar Defisit Fiskal Lebih Rendah Kepada Tiga Peratus Bagi Jangka Masa Sederhana - Lim

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Kerajaan menyasarkan defisit fiskal lebih rendah kepada tiga peratus bagi jangka masa sederhana, mengikut kerangka Ekonomi MADANI serta Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023.

Fadillah Beri Jaminan Pertimbangan Teliti Berhubung Pembangunan Tenaga Nuklear

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) memberi jaminan bahawa kerajaan akan mempertimbangkan dengan teliti sebelum membuat sebarang keputusan untuk memulakan pembangunan tenaga nuklear, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Tarian Rakyat Tambah Elemen Kemeriahan Kepada Acara APEC Buat Kali Ketiga Di Peru

LIMA (Peru), 11 Nov (Bernama) -- Penari rakyat dengan pakaian berwarna-warni dan mempamerkan persembahan yang bertenaga, menambah elemen kemeriahan untuk meraikan Minggu Pemimpin Ekonomi APEC (AELW) dari 14 hingga 16 November ini di ibu kota negara Amerika Selatan itu. 

Kementerian Pengangkutan Utama Penambahbaikan Di Labuan

LABUAN, 9 Nov (Bernama) -- Kementerian Pengangkutan (MoT) komited untuk memajukan kemudahan pelabuhan Labuan agar ia menjadi pelabuhan yang berdaya saing, mengukuhkan peranannya sebagai pintu masuk ekonomi di pulau itu.

Keanggotaan BRICS Tawar Landskap Perdagangan Global Lebih Saksama Kepada Malaysia - Duta Rusia

KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- BRICS menawarkan laluan kepada sistem perdagangan global yang lebih adil sekali gus akan memberi manfaat kepada negara yang lebih kecil dan sedang membangun, kata Duta Rusia di Malaysia, Naiyl Latypov.

Taobao Malaysia Perkenal Pelbagai Penambahbaikan Perkhidmatan Permudah Pembelian Antarabangsa 

KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Taobao Malaysia memperkenalkan pelbagai penambahbaikan perkhidmatan baharu bagi memudahkan lagi pembeli Malaysia membeli belah rentas sempadan dengan lancar.

Gobind Komited Bantu Pemain Bandar Pintar Malaysia Lebar Sayap Ke Pentas Dunia

BARCELONA, 8 Nov (Bernama) -- Menteri Digital Gobind Singh Deo menyatakan komitmennya untuk membantu lebih ramai pemain industri bandar pintar Malaysia mengembangkan sayap mereka ke pentas dunia.

Sunway Malls Unjur Pertumbuhan 5 Peratus Tahun Ini

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Pemilik dan pengendali pusat beli-belah terbesar Malaysia, Sunway Malls mengunjurkan pertumbuhan lima peratus tahun ini, didorong oleh prestasi kukuh pada separuh pertama 2024 dan inisiatif penambahan aset iaitu Oasis di Sunway Pyramid yang mula beroperasi.

JS-SEZ Dijangka Ditandatangani 9 Disember Depan -Onn Hafiz

KULAI, 7 Nov (Bernama) -- Perjanjian Bersama Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) di antara Malaysia dengan Singapura dijangka ditandatangani pada 9 Disember depan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.