1tahun ago
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC) dan perunding kemampanan yang berpangkalan di Indonesia, Impac+ telah menandatangani memorandum kerjasama (MoC) untuk pembentukan pakatan mereka dalam khidmat nasihat berkaitan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dan penyelesaian kewangan mampan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Malaysia dan Singapura merupakan dua negara di ASEAN yang mempunyai biro kredit mantap yang mengumpul data meluas daripada pelbagai sumber, disokong oleh tahap penembusan perbankan tinggi dalam ekonomi mereka, kata Moody’s.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Langkah yang ditetapkan dalam Belanjawan 2025 bertujuan membentuk semula ekonomi dengan merangsang pertumbuhan dan menarik pelaburan berkualiti, menurut penganalisis.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Asas ekonomi Malaysia yang teguh dan prospek pertumbuhan menggalakkan akan diperkukuh melalui pembaharuan struktur sedia ada dan pasaran kewangan domestik berdaya tahan demi menarik pelaburan berkualiti tinggi seterusnya menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan pelabur.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Moody’s Ratings menjangkakan tahap kadar hutang berasaskan nilai pasaran Khazanah Nasional Bhd kekal antara 30 peratus dan 35 peratus dalam beberapa tahun akan datang.
1tahun ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan secara berhati-hati dan kekal tidak berubah berbanding dolar US minggu depan dalam persekitaran kembimbangan terhadap ekonomi China dan risiko geopolitik dan menjelang Belanjawan 2025.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- CIMB Securities Sdn Bhd percaya dengan menaikkan ambang levi keuntungan luar biasa (WPL) kepada sekitar RM4,500 setan akan memberi manfaat kepada sektor perladangan menjelang Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Bank Islam Malaysia Bhd telah melancarkan peringkat kedua tambahan sukuk modal Tahap-1 wakalah daripada Program Sukuk Wakalah berjumlah RM5.0 bilion sehingga mencecah RM250 juta Tanpa Panggilan Kekal selama lima tahun.
1tahun ago
Oleh Nurul Jannah Kamaruddin
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Ringgit mengakhiri urus niaga Rabu dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), diasak risiko geopolitik yang meruncing dan mencetuskan minat belian aset selamat seperti mata wang negara maju berkenaan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Pertubuhan Pengilang Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) berharap kerajaan akan memberikan pengecualian cukai yang lebih baik dalam Belanjawan 2025 untuk meningkatkan penarafan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) sektor tersebut.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Perbadanan Pengurusan Kecairan Islam Antarabangsa (IILM) menyelesaikan terbitan semula agregat US$1.14 bilion (US$1=RM4.1530) untuk sukuk jangka pendek, masing-masing bagi tempoh satu, tiga dan 12 bulan.
1tahun ago
Oleh Wong Chun Wai
KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Pengukuhan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ternyata memberi impak yang besar terhadap keyakinan negara, sekali gus menyuntik rasa bangga dalam kalangan rakyat.