BERITA TERKINI   PM Anwar nafi laporan dakwa Malaysia serah 5,207 hektar tanah kepada Indonesia | Prestasi ringgit antara terbaik di Asia, hasil kestabilan politik dan tatakelola baik - PM Anwar | Sebanyak lima laporan diterima sepanjang PRK Kinabatangan dan Lamag berlangsung - Pengerusi SPR | Peratusan keluar mengundi PRK Kinabatangan, Lamag catat 33 dan 30 peratus setakat 11 pagi – Pengerusi SPR | Proses pengundian bagi PRK Kinabatangan dan Lamag berjalan lancar - Pengerusi SPR | 

Terdapat 477 berita berdasarkan kata kunci carian " sidang kemuncak "

Kementerian Digital Bina Ekosistem Sokong Usaha Malaysia Jadi Negara AI 2030

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Kementerian Digital komited untuk membina sebuah ekosistem bagi menyokong usaha negara ke arah menjadi Negara Kecerdasan Buatan (AI) menjelang 2030.

Timor-Leste Papan Loncatan Ke Pasaran Indonesia, Utara Australia - Duta Malaysia

DILI (TIMOR-LESTE), 16 Sept (Bernama) -- Kedudukan Timor-Leste sebagai "papan loncatan" ke pasaran di Indonesia dan utara Australia menjadikannya destinasi menarik bagi pelabur, institusi latihan dan organisasi media negara, kata Duta Malaysia ke Timor-Leste Datuk Amarjit Singh.

Pameran Halal Terbesar Dunia MIHAS 2025 Dibuka Esok

KUALA LUMPUR, 16 Sept (Bernama) -- Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2025 edisi ke-21 (MIHAS 2025) akan berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur, bermula 17 Sept hingga 20 Sept ini.

Nanning Sedia Jadi Metropolis Antarabangsa Bagi Kerjasama Terbuka Dengan ASEAN

Daripada Rohani Mohd Ibrahim

NANNING (China), 15 Sept (Bernama) -- Nanning memberi tumpuan kepada peranan dan misi baharu yang diamanahkan kerajaan untuk membina sebuah metropolis antarabangsa bagi kerjasama terbuka dengan ASEAN dan menubuhkan Zon Integrasi dan Pembangunan Industri Rentas Sempadan China-ASEAN, menurut Pejabat Hal Ehwal Luar Negeri Guangxi.

Malaysia Akan Terus Teroka Pasaran Baharu Perdagangan, Pelaburan - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- Malaysia memperkukuh komitmen terhadap multilateralisme dengan membuka lebih banyak pasaran melalui kerjasama perdagangan dan pelaburan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ekspo Smart City Kuala Lumpur 2025 Fokus Empat Bidang Utama Bandar Pintar Berteraskan AI

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Ekspo Smart City Kuala Lumpur (SCEKL) 2025 yang akan berlangsung daripada 17-19 Sept, 2025 bakal memberi tumpuan kepada empat bidang utama, berteraskan tema “AI Cities: Shaping Our Digital Futures”.

Rakuten Trade Naikkan Sasaran FBM KLCI 2025 Kepada 1,650

KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Rakuten Trade Sdn Bhd menaikkan sasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) kepada 1,650 daripada 1,630 bagi 2025, disokong oleh aliran masuk dana asing baharu ke Asia.

Malaysia Sedia Memimpin Ekonomi Kewangan Islam-Halal Bersepadu - Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Malaysia bersedia memimpin usaha membangunkan ekonomi kewangan Islam-halal bersepadu yang akan menjana pertumbuhan dan kemakmuran yang inklusif, bukan sahaja untuk umat Islam tetapi juga untuk masyarakat global, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Industri Aeroangkasa Sasar Pendapatan RM30 Bilion Tahun Ini - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) optimis pendapatan industri aeroangkasa akan mencecah RM30 bilion tahun ini, meningkat daripada RM25.1 bilion  pada 2024.

Farm Fresh Harap Belanjawan 2026 Kekal Perbelanjaan Penting, Perhalus Cukai Gula

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Syarikat produk tenusu yang beribu pejabat di Johor, Farm Fresh Bhd berharap Belanjawan 2026 akan mengekalkan pendanaan bagi menyokong perbelanjaan isi rumah untuk barangan keperluan di samping menyelesaikan dasar berkaitan kesihatan seperti cukai gula.

Farm Fresh Yakin Pertumbuhan Keuntungan Dengan Pengembangan Di Pasaran Asean

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Pakar produk tenusu yang berpangkalan di Johor, Farm Fresh Bhd kekal yakin terhadap pertumbuhan keuntungannya pada tahun depan disokong oleh kemajuan yang stabil dalam projek tempatan dan luar negara.

Pasaran Getah Dijangka Stabil Dengan Kecenderungan Menaik Minggu Depan

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 6 Sept (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia dijangka stabil dengan momentum yang cenderung menaik pada minggu depan.