BERITA TERKINI   Majlis Sejarawan Negara berperanan berwacana, beri nasihat kepada kerajaan untuk pertingkat literasi sejarah - PM Anwar | PM Anwar mahu usaha pertingkat pemahaman sejarah diperkasa, tanam semangat cintakan negara dalam kalangan generasi muda | Golongan muda perlu dilatih dalam pelbagai disiplin ilmu merangkumi bahasa, budaya dan AI namun tidak tinggalkan soal nilai - PM Anwar | Sejarah harus mendidik dari segi akhlak dan tidak pinggirkan soal kebenaran dan ketelusan - PM Anwar | 

Terdapat 2123 berita berdasarkan kata kunci carian "eo"

Eksport Minyak Sawit Malaysia Naik 0.93 Peratus Kepada 1.54 Juta Tan Pada September -MPOB

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) melaporkan eksport minyak sawit pada September 2024 menyaksikan sedikit peningkatan iaitu 0.93 peratus kepada 1.54 juta tan metrik daripada 1.53 juta tan metrik pada Ogos 2024.

ASEAN+3 Hadapi Cabaran Kenaikan Semula Inflasi, Ketidaktentuan Geopolitik - AMRO

SINGAPURA, 10 Okt (Bernama) -- Ekonomi ASEAN+3, dalam jangka masa terdekat, perlu terus berhati-hati terhadap risiko berkaitan dengan peningkatan semula inflasi, ketegangan geopolitik yang semakin buruk serta kelembapan pertumbuhan global, yang boleh mencabar daya tahan sistem kewangan rantau ini.

Bursa Malaysia Kekal Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal tinggi pada tengah hari dengan indeks petunjuk utama meningkat sebanyak 0.48 peratus, didorong minat belian dalam saham wajaran tinggi terpilih dalam persekitaran prestasi lebih kukuh dalam pasaran serantau.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Prestasi Semalaman Wall Street

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis, menjejaki prestasi positif Wall Street semalaman, kata penganalisis.

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar US

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, susulan minit mesyuarat Rizab Persekutuan (Fed) AS menunjukkan pegawai Fed berlainan pendapat sama ada untuk mengurangkan kadar faedah sebanyak 0.5 mata pada September, membayangkan penurunan lebih kecil pada masa depan, kata seorang penganalisis.

Malaysia Di Landasan Raih Bahagian Penting Pasaran Digital Global - Gobind

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) — Malaysia kini di landasan tepat bagi menguasai bahagian penting dalam pasaran digital global, seiring jangkaan ekonomi digital negara menyumbang 25.5 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang akhir tahun depan.

Niaga Hadapan MSM Terus Ditutup Rendah

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives meneruskan penurunannya pada Rabu berikutan aktiviti pengambilan untung menjelang pengumuman data bulan September Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) esok, kata seorang peniaga.

Penambahbaikan Matriks Kos Dibenarkan Hrd Corp Pacu Daya Saing, Produktiviti - FMM

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Langkah Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) mengumumkan penambahbaikan Matriks Kos Dibenarkan (ACM) baru-baru ini, dapat memacu daya saing dan produktiviti industri Malaysia, kata Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM).

Leader Energy Peroleh Pelaburan Lebih US$100 Juta Daripada CAF II

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Leader Energy Group Bhd, syarikat pengeluar telekomunikasi dan kuasa berjaya memperoleh pelaburan lebih US$100 juta (US$1=RM4.28) daripada Dana Kerjasama Pelaburan China-ASEAN II (CAF II).

Labuan IBFC Manfaatkan Blockchain, AI Untuk Rangsang Pertumbuhan Fintech

LABUAN, 9 Okt (Bernama) -- Minat yang semakin meningkat terhadap aset digital dan instrumen kewangan alternatif memacu inovasi dan pertumbuhan dalam sektor kewangan Labuan.

Bursa Malaysia Ditutup Tidak Berubah

Oleh Kisho Kumari Sucedaram

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tidak berubah hari ini susulan pendekatan berhati-hati pelabur yang menjejaskan pasaran di tengah-tengah prestasi bercampur-campur bursa serantau, kata seorang penganalisis. 

Leader Energy, Plus Xnergy Akan Guna Sistem Bateri Sodium-Sulur Pertama Malaysia

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Leader Energy Group Bhd, melalui anak syarikat milik penuhnya, Leader Solar Energy II Sdn Bhd (LSE II) dengan perkongsian bersama Plus Xnergy Services Sdn Bhd, akan menggunakan sistem penyimpanan tenaga bateri (BESS) sodium sulfur (NaS) pertama di Malaysia.