11bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- AmanahRaya Real Estate Investment Trust (AmanahRaya REIT) melantik Mohd Iskandar Dzulkarnain Ramli sebagai pengarah urusan (MD) AmanahRaya Kenedix REIT Manager Sdn Bhd (AKRM) berkuat kuasa serta merta.
11bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan kenaikan untuk sesi ketiga berturut-turut hari ini, didorong pembelian secara meluas pelbagai sektor susulan jualan besar-besaran baru-baru ini, sejajar dengan prestasi pasaran serantau, kata seorang penganalisis.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menerusi Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional dengan kerjasama TikTok, merancang membuka empat lokasi baharu TikTok Shop LIVE Hub pada tahun ini.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Alliance Bank Malaysia Bhd mengumumkan Program Bantuan Banjir akan diperluaskan kepada pelanggan di Sabah dan Sarawak untuk membantu meringankan beban kewangan mereka.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) – Sokongan kerajaan penting dalam mempercepat penerimagunaan kecerdasan buatan (AI) dan Internet Pelbagai Benda (IoT), kata pakar industri IoT.
11bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) -- Pos Malaysia Bhd bekerjasama dengan pelbagai jenama terkenal tempatan bagi kempen Hari Raya tahun ini, Serba-Serbi Aidilfitri, untuk meningkatkan keterlihatan dan kesedaran jenama semasa musim perayaan.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Mac (Bernama) -- Hextar World di Empire City bakal dilancarkan pada suku keempat 2025, dengan majlis menandatangani ruang penyewaan baru-baru ini menghimpunkan peruncit utama dan rakan perniagaan untuk meraikan perkembangan tersebut.
11bulan ago
LABUAN, 15 Mac (Bernama) -- Labuan, hab perniagaan dan kewangan antarabangsa Malaysia bakal melalui transformasi penting dengan cadangan Projek Pembangunan Waterfront (Fasa 1) bernilai RM38 juta untuk menjana manfaat ekonomi dan meningkatkan daya tarikan pelancong.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) tidak menafikan mahupun mengesahkan laporan bahawa ia sedang membuat penilaian untuk menjual aset minyak syal di Argentina namun memaklumkan sentiasa mengkaji semula portfolio perniagaan di semua negara yang ia mempunyai pelaburan.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- Pertama Digital Bhd berhasrat untuk mengambil alih dua syarikat yang menyediakan perkhidmatan pemasangan, penyelenggaraan, pengurusan dan sokongan untuk sistem pengawasan serta teknologi sebagai sebahagian daripada strategi perniagaan jangka panjang kumpulan dan pelan regularisasi yang dicadangkan.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengakhiri minggu ini dengan meningkat sedikit, seiring dengan indeks serantau walaupun Wall Street mencatatkan prestasi lemah dalam tempoh semalaman.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- Pertama Digital Bhd akan memperoleh 80 peratus kepentingan ekuiti dalam kedua-dua D-Ron Singapore Ltd dan D-Ron Malaysia Sdn Bhd pada harga RM105.65 juta.