Terdapat 245 berita berdasarkan kata kunci carian " pegangan"

Shopee Rai Lokal Sokong 1.8 Juta Penjual Tempatan Tahun Ini

KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) -- Shopee Rai Lokal menyokong lebih 1.8 juta penjual tempatan tahun ini, manakala 500,000 ahli Shopee Affiliates memacu lebih 90 juta pesanan menerusi penghasilan kandungan yang disasarkan melalui ciri-ciri dalam aplikasi.

Mah Sing Beli Tanah Di Johor Bahru Dengan Nilai Pembangunan Kasar RM1.5 Bilion

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Mah Sing Group Bhd merancang untuk membeli tanah pegangan bebas seluas 2.424 hektar di Johor Bahru, Johor yang diperuntukkan untuk pembangunan pangsapuri perkhidmatan premium dan unit runcit.

Bursa Malaysia Rendah Pada Sesi Awal Diasak Penyusutan Wall Street

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan urus niaga Khamis dengan lebih rendah, menjejaki kemerosotan semalaman Wall Street, kata penganalisis.

KWSP Jadi Pemegang Unit Penting Dalam KIP REIT Selepas Pegang Enam Peratus Kepentingan

KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menjadi pemegang unit penting dalam Amanah Pelaburan Hartanah KIP (KIP REIT) berikutan kejayaan pelaksanaan penempatan persendirian kumpulan itu baru-baru ini.

BMI Semak Turun Harga Purata Minyak Mentah Brent 2025 Pada US$76 Setong

KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- BMI yang juga unit Fitch Solutions, menyemak turun harga purata tahunan minyak mentah Brent pada US$76 setong bagi 2025 daripada US$78 setong, sebelum ini.

Manfaat Belanjawan, Pertumbuhan Ekonomi Perlu Sampai Ke Akar Umbi - PM

PUTRAJAYA, 5 Dis (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerangka belanjawan dan pembangunan negara bukan sahaja bertujuan memacu pertumbuhan ekonomi, tetapi ia juga perlu memastikan manfaat itu sampai kepada akar umbi.

Mah Sing Beli Tanah Di Johor Bahru Bangunkan M Tiara 3 Dengan GDV RM463 Juta

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Mah Sing Group Bhd melalui anak syarikat milik penuhnya, Loyal Sierra Development Sdn Bhd memeterai perjanjian jual beli dengan beberapa penjual untuk cadangan pengambilalihan tanah utama pegangan bebas di Pulai, Johor Bahru bernilai RM62.98 juta.

Taikun Perniagaan Rendah Diri, Sahabat Kenang Keperibadian Ananda Krishnan

Oleh Kisho Kumari Sucedaram

PETALING JAYA, 2 Dis (Bernama) -- Dalam dunia taikun perniagaan yang menyaksikan kejayaan lazimnya bertemankan kemasyhuran, kehebatan dan publisiti, seorang individu memilih jalan sebaliknya dengan mengetepikan kesemua itu walaupun berstatus antara orang terkaya Malaysia iaitu Ananda Krishnan.

Tiada Petunjuk Baharu, Prospek Dasar AS Asak Bursa Malaysia Susut Pada Dagangan Awal

Oleh Nurul Jannah Kamaruddin

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan aliran penurunan pada Jumaat, didorong oleh kekurangan petunjuk baharu Wall Street selain kebimbangan ketara berkaitan ketidaktentuan dasar Amerika Syarikat (AS).

Ananda Krishnan Meninggal Dunia Pada Usia 86 Tahun

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Taikun perniagaan, Ananda Krishnan meninggal dunia hari ini pada usia 86 tahun.

ASEAN-BAC Malaysia Sasar Kukuhkan Hubungan Ekonomi Serantau

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC) Malaysia komited untuk memupuk hubungan ekonomi yang lebih erat di rantau ini semasa negara ini bersedia untuk memegang jawatan pengerusi tahun depan.

Penamatan SSA DNB-TM: Akses 5G Pengguna Tidak Terjejas - Gobind

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Penamatan perjanjian langganan saham (SSA) antara Digital Nasional Bhd (DNB) dan Telekom Malaysia Bhd (TM) tidak menjejaskan penawaran akses 5G sedia ada oleh syarikat itu, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.