5bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka dengan mencatat peningkatan kecil hari ini, sekali gus meneruskan aliran kenaikan bagi sesi ketiga berturut-turut dan menjejaki Wall Street yang dipacu oleh harapan Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) akan menurunkan kadar faedah.
5bulan ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup lebih tinggi hari ini, didorong oleh belian pada saat-saat akhir dalam CelcomDigi, yang mengimbangi penyusutan terdahulu berikutan pelarasan tanpa dividen dalam Maxis dan MISC serta aktiviti pengambilan untung dalam Tenaga Nasional dan CIMB.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Saham-saham di Bursa Malaysia mencatat prestasi bercampur-campur pada tengah hari ini dengan indeks petunjuk utama susut 0.11 peratus, namun pasaran secara meluas kekal dalam wilayah positif.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Moody’s Ratings meningkatkan julat sensitiviti harga jangka sederhana minyak sawit mentah (MSM) kepada RM3,800–RM4,200 setiap tan daripada RM3,400–RM3,800 sebelum itu, berikutan permintaan kukuh di Indonesia dipacu oleh mandat biodiesel dan pertumbuhan pengeluaran yang sederhana di Asia.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Kontrak Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TH Plantations Bhd Mohamed Zainurin Mohamed Zain telah ditamatkan hari ini.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih TH Plantations Bhd (THP) meningkat kepada RM11.79 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun, 2025 daripada RM10.41 juta pada tempoh sama tahun kewangan 2024.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) -- Johor Plantations Group Bhd (JPG) telah menerbitkan Siri Kedua Sukuk Wakalah-Program Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN), Sukuk Wakalah Kelestarian-IMTN pertamanya bernilai RM200 juta dalam nilai nominal di bawah program IMTN tersebut.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi dengan mencatatkan penurunan susulan aktiviti jualan berterusan di kaunter-kaunter wajaran tinggi terpilih, walaupun terdapat sambutan positif terhadap pengumuman Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) minggu lalu dan pengurangan tarif AS ke atas barangan Malaysia.
6bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi intra hari pada Rabu disebabkan aktiviti pembelian saat-saat akhir dalam beberapa saham utama yang diterajui oleh sektor produk perindustrian dan perkhidmatan kewangan.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah pada tengah hari kerana pelabur kekal berhati-hati untuk meneliti data ekonomi utama Amerika Syarikat (AS) dalam persekitaran sentimen serantau yang bercampur-campur.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada sesi awal dagangan Rabu menjejaki penurunan daripada prestasi semalaman Wall Street disebabkan aktiviti pengambilan untung menjelang jangkaan bahawa Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) akan memutuskan untuk menurunkan kadar faedah.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka meningkat sedikit pada hari ini, disokong oleh minat belian sederhana susulan gencatan senjata Thailand-Kemboja yang terbukti membantu meredakan kebimbangan berkaitan politik serantau.