10hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) kekal positif terhadap sektor tenaga boleh baharu (TBB) berikutan pelancaran berterusan projek berskala utiliti termasuk Solar Berskala Besar (LSS) pusingan keenam (LSS6), Skim Pembekalan TBB Korporat (CRESS) dan program MyBest, yang terus menjadi tumpuan utama.
10hari ago
Oleh Mohd Zaid Mohd Noor
CHUKAI, 7 Jan (Bernama) -- Pro Qaseh Technique Sdn Bhd (Pro Qaseh Technique) memperluaskan perniagaannya di peringkat serantau dengan menjadi penyelaras di antara pelabur dengan kerajaan Aceh, Indonesia bagi meneroka peluang pelaburan dalam industri minyak dan gas di wilayah itu.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka rendah hari ini, menjejaki pasaran tunai pendasar yang menyusut.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Rabu dalam keadaan dagangan yang kurang memberangsangkan, dengan indeks petunjuk pasaran menyusut di bawah paras 1,670.
10hari ago
Oleh Zufazlin Baharuddin dan K.Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar AS pada Rabu namun lebih tinggi berbanding mata wang utama berikutan pelabur terus berhati-hati menjelang minggu yang sarat dengan data pasaran buruh Amerika Syarikat (AS).
11hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Capital A Bhd tidak menerima kelulusan daripada Bursa Malaysia Securities Bhd bagi lanjutan tempoh untuk melengkapkan pengagihan saham yang dicadangkan, namun ia tetap dilaksanakan serentak dengan tawaran saham persendirian AirAsia X Bhd (AAX).
11hari ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi & Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Selasa berikutan kebimbangan terhadap paras stok yang lebih tinggi dalam negara dan harga minyak kacang soya yang lebih lemah di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT).
11hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Domino’s Pizza Malaysia membuka peluang francais baharu di seluruh negara sebagai sebahagian daripada rancangan pengembangannya, mempelawa bakal usahawan dan pemilik perniagaan untuk berkembang bersama salah satu jenama piza paling dikenali di dunia itu.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Tesla Malaysia akan terus menawarkan kesemua model kenderaannya pada harga permulaan yang diperkenalkan pada 2025 selepas pengecualian cukai jalan kenderaan elektrik (EV) tamat pada 31 Disember lepas.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Iskandar Waterfront City Bhd mendapat kelulusan daripada Bursa Malaysia Securities Bhd berhubung cadangan pelan regularisasinya yang merangkumi cadangan penyelesaian hutang dan cadangan pengurangan modal, untuk membolehkannya keluar daripada status penerbit tersenarai yang terjejas.
11hari ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa apabila pasaran menilai semula insiden AS–Venezuela sebagai gangguan politik tetapi terkawal dari segi ekonomi, kata seorang penganalisis.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini selepas menjejaki keuntungan yang lebih kukuh di COMEX AS.