10bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Produktiviti Malaysia telah menunjukkan pertumbuhan bagaimanapun tidak cukup pantas terutamanya jika dibandingkan dengan negara lain yang pernah berada pada kedudukan sama, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Cadangan pelaksanaan subsidi untuk pembangunan produk perlindungan asas insurans, takaful perubatan dan kesihatan (MHIT) memerlukan kajian yang mendalam termasuk impak jangka panjang ke atas kos kesihatan menyeluruh, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Sasaran pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) negara pada 2030 diunjurkan pada kadar 43 peratus berbanding purata global 17 peratus berdasarkan analisis terkini menggunakan data 2022, kata Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Hanifah Hajar Taib.
10bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Disiplin fiskal kerajaan MADANI berjaya mengurangkan defisit fiskal daripada 5.5 peratus pada 2022 kepada 4.1 peratus pada 2024, menunjukkan pemulihan yang kukuh dalam mengurangkan hutang dan meningkatkan keyakinan pelabur global, kata ahli ekonomi.
10bulan ago
TELUK INTAN, 18 Feb (Bernama) -- Seramai 24,700 pembayar cukai telah menggunakan sistem e-invois yang melibatkan pengeluaran sekitar 173 juta e-invois bermula dari Fasa pertama pada 1 Ogos, 2024, sehingga 13 Februari 2025.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Pandapat hasil pelancongan pulau peranginan, Pulau Langkawi meningkat sebanyak RM2.4 bilion atau 34.9 peratus bagi tempoh 2022 hingga 2024, berikutan peningkatan pelancong seramai 323,115 orang atau 11 peratus dalam tempoh tersebut, kata Kementerian Kewangan.
11bulan ago
PUTRAJAYA, 10 Feb (Bernama) -- Turkiye menyasar untuk menggandakan perdagangannya dengan Malaysia kepada US$10 bilion selepas melepasi paras US$5 bilion pada 2024, kata Presiden Recep Tayyip Erdogan.
11bulan ago
KUCHING, 10 Feb (Bernama) -- Sarawak meningkatkan pengeluaran hidrogen hijau komersial dengan memanfaatkan sumber hidrokuasanya yang berlebihan bagi memenuhi permintaan Asia yang semakin bertambah terhadap bahan api bersih, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- TMC Life Sciences Bhd (TMCLS) melantik Datuk Dr Ahmad Adzuan Abdul Rahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kumpulannya, berkuat kuasa hari ini.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Malaysia perlu memperkasa dan memanfaatkan pengurusan sumber emas negara dengan mewujudkan Kerangka Pengurusan Industri Emas Negara yang holistik dan komprehensif.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Syarikat berstatus PN17 (Nota Amalan 17), KNM Group Bhd, masih dalam proses merangka pelan untuk menyelaraskan keadaan kewangannya, katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.