1tahun ago
PUCHONG, 8 Feb (Bernama) -- Kerjasama dan penglibatan secara menyeluruh dan proaktif antara masyarakat setempat dan agensi yang terlibat amat penting dalam memastikan setiap program-program kerajaan dapat memberi impak yang baik kepada rakyat.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Simposium Gas Malaysia 2025 (MyGAS 2025) akan memberi tumpuan kepada cabaran kritikal yang dihadapi industri gas iaitu mendapatkan pembiayaan bagi projek berkaitan gas dalam landskap tenaga yang sentiasa berubah untuk memastikan keselamatan tenaga, kemampuan dan kemampanan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- IHH Healthcare Bhd mengumumkan sokongan sepenuhnya terhadap inisiatif kerajaan dalam menangani kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Langkah penyusunan semula Petronas adalah untuk memastikan syarikat minyak nasional itu dapat terus menyumbang kepada pembangunan negara, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tengku Tan Sri Muhammad Taufik.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Yinson Holdings Bhd telah menganugerahkan geran Yinson4Youth (Y4Y) kepada Yayasan SOLS dan SAGEMAKER ASIA PLT, dengan setiap organisasi menerima geran sebanyak RM50,000.
1tahun ago
Oleh Nurul Hanis Izmir
CYBERJAYA, 7 Feb (Bernama) -- Masa depan pengauditan dijangka mengalami perubahan besar menerusi penyatuan kecerdasan buatan (AI) yang membolehkan penilaian risiko masa nyata serta cerapan unjuran melebihi kaedah tradisional, kata Pengasas Bersama Audrey South Africa, Claude Chetty.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Rizab antarabangsa Malaysia meningkat kepada US$116.4 bilion pada 31 Jan, 2025 daripada US$115.5 bilion pada 15 Jan, 2025, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
1tahun ago
KOTA KINABALU, 7 Feb (Bernama) -- Pelancaran Pos Shop pertama di Sabah diharap akan dapat memenuhi kehendak pelanggan sekali gus memberikan manfaat kepada perusahanan kecil dan sederhana (PKS) bagi menjana pendapatan.
1tahun ago
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 7 Feb (Bernama) -- Universal Serviced Offices (USO), penyedia pejabat perkhidmatan yang berpangkalan di Labuan, mengumumkan pengembangan terbarunya melalui kemudahan baharu di Mid Valley, Kuala Lumpur.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) meningkatkan perbelanjaan modal (capex) kepada RM1.6 bilion tahun ini, dengan sebahagian besarnya diperuntukkan bagi menaik taraf loji, peningkatan kapasiti “stamping” atau tekan tera, pembangunan model baharu dan perkakasan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Nilai perolehan kontrak Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) 2025 dijangka meningkat RM4 bilion hingga RM5 bilion berikutan kesan limpahan penangguhan projek seperti pembangunan semula Stadium Shah Alam dan Kuala Lumpur Sentral serta arahan perubahan kerja LRT3.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Senarai muktamad peluasan skop dan semakan kadar cukai jualan dan perkhidmatan (SST) akan diwartakan melalui perundangan subsidiari pada suku pertama 2025 selepas proses libat urus diselesaikan bagi membolehkan persediaan secukupnya sebelum perubahan SST dikuatkuasakan.