Terdapat 556 berita berdasarkan kata kunci carian " islam"

Bank Muamalat Perkenal Ar-Rahnu BIZ Untuk Pembiayaan Syarikat Sehingga RM5 Juta

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- Bank Muamalat Malaysia Bhd hari ini memperkenalkan produk baharu Ar-Rahnu BIZ, inisiatif pembiayaan Islamik khas untuk syarikat berdaftar (Sdn Bhd dan enterprise) yang memerlukan akses modal pantas sehingga RM5 juta dengan menggunakan emas sebagai cagaran.

SMCCI, Maybank Meterai MoU Pacu Inisiatif Halal, Pertumbuhan PKS Di JS-SEZ

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (SMCCI) menandatangani memorandum persefahaman (MOU) dengan Maybank Singapore Ltd bagi memperkukuh inisiatif berfokus halal serta menyokong pertumbuhan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di kedua-dua negara.

Institusi Perbankan Umum Pengurangan Kadar Asas

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Bank Islam Malaysia Bhd, RHB Banking Group dan Public Bank Bhd telah menyemak semula kadar asas standard (SBR), kadar asas (BR) dan kadar pembiayaan asas (BFR) masing-masing berikutan keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas (bps) daripada 3.00 peratus kepada 2.75 peratus hari ini.

Persatuan Emas Malaysia Tubuh Lembaga Penasihat Syariah

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Persatuan Emas Malaysia (MGA) baru-baru ini melantik Lembaga Penasihat Syariah (LPS) pertamanya.

PBAPP Lancar Sukuk RM5 Bilion Bagi Pacu Infrastruktur Air Pulau Pinang

GEORGE TOWN, 8 Julai (Bernama) -- Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) hari ini melancarkan program Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) atau Program Sukuk pertamanya bernilai RM5 bilion bagi menyokong pembangunan infrastruktur air kritikal dan keselamatan air jangka panjang di Pulau Pinang.

Sedia Hadapi Impak Tarif AS, Pulau Pinang Minta Kerajaan Teruskan Rundingan -- Chow

GEORGE TOWN, 8 Julai (Bernama) -- Kerajaan perlu meneruskan libat urus dengan Amerika Syarikat (AS) bagi membincangkan kadar tarif lebih rendah susulan tindakan Washington mengenakan tarif balas 25 peratus ke atas eksport Malaysia.

SC, Durham University Meterai MoU Majukan Pendidikan Pasaran Modal Islam

KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Universiti Durham menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) untuk mengukuhkan kerjasama dalam pembinaan kapasiti, perkongsian pengetahuan, dan inisiatif bersama dalam bidang kewangan Islam dan pasaran modal Islam (ICM).

ChemOne Peroleh Perlindungan Insurans Islam US$350 Juta Daripada Unit ISDB

KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- ChemOne Group telah memperoleh perlindungan insurans Islam sebanyak US$350 million (US$1 = RM4.23) daripada unit Islamic Development Bank (IsDB), Islamic Corporation untuk Insurans Pelaburan dan Kredit Eksport (ICIEC).

Bank Muamalat Perkasa Kewangan Sosial Di Sabah

TAWAU, 5 Julai (Bernama) -- Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) melaksanakan pelbagai inisiatif bagi memperkasakan kewangan Islam sebagai pemacu sosioekonomi rakyat melalui peranannya sebagai peneraju kewangan sosial, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat Khairul Kamarudin.

Unit PBA Holdings Kemuka Dokumen Sukuk Wakalah Sehingga RM5 Bilion Kepada SC

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh PBA Holdings Bhd (PBAHB), Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) mengemukakan dokumen yang diperlukan kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) bagi menerbitkan program nota jangka sederhana Islam (sukuk wakalah) bernilai sehingga RM5 bilion.

Bank Rakyat Jadi Bank Pertama Dilantik MAIWP Jadi Mutawalli

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Bank Rakyat menjadi bank pertama di Malaysia dilantik Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebagai Mutawalli, iaitu pihak yang mendapat mandat melaksanakan kutipan, pengurusan dan agihan dana wakaf tunai, melalui inisiatif Jariah Al-Barakah.

PM Anwar Bertemu Peneraju Industri Itali

ROM, 2 Julai (Bernama) -- Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memulakan hari kedua lawatan kerja beliau di ibu negara Itali ini dengan mengadakan mesyuarat meja bulat bersama peneraju industri utama.