Terdapat 612 berita berdasarkan kata kunci carian "korporat"

Saliran Lantik CFO Yong Wai Kin Sebagai Pengarah Eksekutif

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Saliran Group Bhd melantik Ketua Pegawai Kewangan (CFO) syarikat, Yong Wai Kin sebagai Pengarah Eksekutif berkuat kuasa hari ini.

Juwai IQI Unjur Pelaburan China Berjumlah Kira-Kira RM30 Bilion Pada 2025

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Juwai IQI mengunjurkan Malaysia akan menerima aliran masuk pelaburan China berjumlah sekurang-kurangnya RM30 bilion tahun ini yang menumpu terutamanya kepada sektor komponen bateri dan solar.

SPRM Serbu Subsidiari NationGate Atas Dakwaan Penyeludupan Logam

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyerbu premis subsidiari milik penuh NationGate Holdings Bhd, NationGate Solution (M) Sdn Bhd sebagai sebahagian daripada penyiasatan ke atas dakwaan penyeludupan logam sekerap.

MIDF Amanah Dijenamakan Semula Kepada MBSB Investment Bank

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- MBSB Group secara rasmi menjenamakan semula MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MAIB) kepada MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB), berkuat kuasa 10 Julai 2025.

Bursa Tegur Zetrix AI, Denda Tujuh Pengarah Masing-masing RM150,000

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd menegur secara terbuka Zetrix AI Bhd yang sebelum ini dikenali sebagai MYEG Services Bhd, dan turut mengenakan denda kepada tujuh pengarah syarikat kerana melanggar Keperluan Penyenaraian (LR) Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities.

Sarawak Cable Akan Nyahsenarai Daripada Bursa Malaysia Pada 15 Julai

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Sarawak Cable Bhd akan nyahsenarai daripada Pasaran Utama Bursa Malaysia berkuat kuasa 15 Julai, 2025, selepas bursa menolak rayuannya untuk lanjutan tempoh bagi mengemukakan pelan penyusunan semula.

Sedekad Penubuhan: Sidec Terus Mengorak Langkah Pacu Transformasi Digital, Pertumbuhan Usahawan Selangor

SHAH ALAM, 9 Julai (Bernama) -- Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec) meraikan ulang tahun ke-10 penubuhannya baru-baru ini dengan mengambil beberapa langkah strategik bagi terus memacu transformasi digital dan pertumbuhan keusahawanan di Selangor.

Lawatan Ke Itali, Perancis Dan Brazil Berjaya Capai Objektif - PM Anwar

RIO DE JANEIRO, 8 Julai (Bernama) -- Lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke tiga negara iaitu Itali, Perancis dan Brazil berjaya mencapai objektif yang disasarkan.

DayOne Data Centers Optimumkan Penggunaan Tenaga, Air, Sokong Matlamat Kemampanan Negara

Oleh Hasnah Jusid

JOHOR BAHRU, 6 Julai (Bernama) -- Perintis global dalam platform infrastruktur digital, DayOne Data Centers (DayOne) mengoptimumkan penggunaan tenaga dan airnya untuk menyokong matlamat kemampanan negara sambil mengekalkan operasi berprestasi tingginya. 

Santan Rancang Pengembangan Di ASEAN, Bermula Dengan Indonesia Dan Filipina

Oleh Norhayati Mohd Akhir

SEPANG, 4 Julai (Bernama) -- Santan, jenama makanan dan minuman di bawah Capital A Bhd menyasarkan fasa pengembangan antarabangsanya di rantau ASEAN bermula dengan Indonesia dan Filipina, seawal tahun hadapan.

Unit PBA Holdings Kemuka Dokumen Sukuk Wakalah Sehingga RM5 Bilion Kepada SC

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh PBA Holdings Bhd (PBAHB), Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) mengemukakan dokumen yang diperlukan kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) bagi menerbitkan program nota jangka sederhana Islam (sukuk wakalah) bernilai sehingga RM5 bilion.

Kerajaan Malaysia Dinamakan Penerbit Bon Utama Keseluruhan Bagi Suku Kedua 2025 -- BPAM

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Kerajaan Malaysia dinamakan sebagai penerbit bon utama keseluruhan oleh Bond Pricing Agency Malaysia Sdn Bhd (BPAM) dalam laporan Bond League Tables BPAM bagi suku kedua 2025 (S2 2025), dengan jumlah terbitan keseluruhan RM40 bilion.