1hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) -- Harga emas dijangka disemak naik, dengan unjuran meningkat kepada US$5,600 bagi setiap auns menjelang akhir 2026, menokok daripada unjuran sebelumnya US$4,800, yang mencerminkan perkembangan terkini dan daya tahan lebih kukuh berbanding jangkaan, kata OCBC Group Research.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia terus mencatatkan kenaikan pada tengah hari ini berikutan minat belian yang berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih, diterajui oleh kaunter kewangan dalam prestasi pasaran serantau yang bercampur-campur, kata penganalisis.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) -- MTT Shipping and Logistics Bhd (MTTSL) memperoleh kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk cadangan penyenaraiannya di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd.
1hari ago
PUTRAJAYA, 26 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan rasa syukur terhadap prestasi ringgit yang terus mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan mencecah paras tertinggi dalam tempoh lebih tujuh tahun.
2hari ago
CHENNAI, 25 Jan (Bernama) -- ManageEngine yang juga unit teknologi maklumat (IT) Zoho Corporation, merancang untuk membuka sebuah pusat data di rantau ASEAN pada tahun ini.
3hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam lingkungan RM3,800 hingga RM3,900 satu tan minggu depan, kata seorang peniaga.
3hari ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka terus meningkat minggu depan, disokong oleh minat belian yang stabil dan sentimen yang mengukuh secara keseluruhannya.
3hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan lebih tinggi berikutan pelabur kekal optimis terhadap mata wang tempatan, dengan sasaran untuk melepasi semula paras 4.00 minggu depan.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives menunjukkan pemulihan daripada penurunan semalam untuk mengakhiri minggu ini dengan lebih tinggi.
4hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Ringgit melepasi paras psikologi penting 4.00 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) apabila mencecah paras tertinggi dalam tempoh lebih tujuh tahun pada 3.9992 hari ini, didorong kekukuhan prospek ekonomi Malaysia, keredaan ketegangan geopolitik serta keputusan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman.
4hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih tinggi pada Jumaat, disokong oleh pemulihan harga minyak mentah, kata seorang peniaga.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Simposium Beyond Insights 2026 menghimpunkan pemimpin teknologi global, perintis teknologi kewangan (fintech) dan ahli strategi pasaran untuk mengkaji bagaimana trend mega yang berkembang pesat sedang mencorakkan semula pasaran.