Terdapat 8597 berita berdasarkan kata kunci carian " f"

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Dipengaruhi Isyarat Fed AS

KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia mencatatkan penurunan pada tengah hari ini berikutan isyarat Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) yang cenderung menaikkan kadar faedah serta ketegangan berterusan di Timur Tengah yang menjejaskan sentimen pasaran.

Prestasi Dagangan Malaysia Naik 12.6 Peratus Kepada RM272.37 Bilion Pada Januari 2026 -- MITI

KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Prestasi perdagangan Malaysia bagi Januari 2026 kekal kukuh, meningkat 12.6 peratus tahun ke tahun kepada RM272.37 bilion berbanding RM241.97 bilion dalam tempoh sama tahun lepas, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Cape EMS Kembali Catat Untung, Manfaat Pusat Data Johor Untuk Pertumbuhan

KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Cape EMS Bhd akan mengutamakan keuntungan yang konsisten dan pelaksanaan berdisiplin dalam tempoh 12 hingga 24 bulan akan datang di bawah pelan hala tuju transformasi strategiknya, CEB 2.0.

Bursa Malaysia Rendah Pada Sesi Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia tidak banyak berubah pada sesi dagangan awal pada Jumaat, mencatatkan penurunan daripada kenaikan ketika pembukaan dan mengambil petunjuk daripada prestasi semalaman Wall Street yang lemah.

NIMP 2030 Integrasi Penanda Aras Berkualiti Terhadap Penciptaan Pekerjaan Bernilai Tambah

KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 mengintegrasikan penanda aras kualiti yang jelas dengan memfokuskan semula sasaran pekerjaan kepada penciptaan pekerjaan bernilai tambah yang lebih tinggi, kata seorang ahli ekonomi.

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Rendah dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka rendah pada Jumaat, menjejaki penurunan dalam kadar asas pasaran tunai.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat disebabkan para peniaga bersikap berhati-hati dalam persekitaran risiko geopolitik yang semakin memuncak, kata seorang penganalisis.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Kenaikan Harga Minyak Kacang Soya Di CBOT

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) ditutup lebih tinggi pada Khamis selepas cuti umum selama dua hari disusuli lonjakan harga minyak kacang soya di Chicago Board of Trade (CBOT) dan niaga hadapan tenaga di Chicago Mercantile Exchange (CME).

Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Rendah

KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives menyusut pada Khamis, menjejaki niaga hadapan emas Bursa Komoditi New York (Comex) yang lebih lemah. 

Bank Indonesia Kekal Kadar Dasar Pada 4.75 Peratus, Jangka Pengurangan Akan Datang

JAKARTA, 19 Feb (Bernama) -- Bank Indonesia (BI) telah mengekalkan kadar dasar penanda arasnya pada 4.75 peratus, memberi alasan tentang peningkatan ketidaktentuan global sambil memastikan pintunya terbuka untuk potensi pelonggaran.

IHP Malaysia Naik 1.6 Peratus Pada Januari Dianggap Terkawal - Ahli Ekonomi

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Indeks Harga Pengguna (IHP) Malaysia pada Januari 2026 yang meningkat 1.6 peratus dianggap sebagai terkawal berikutan komponen yang mencatatkan kenaikan ketara hanya menyumbang sebahagian kecil daripada indeks tersebut, kata ahli ekonomi.

Ringgit, Peso Antara Mata Wang ASEAN Ditutup Rendah Didorong Pengukuhan Dolar AS

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Ringgit dan peso Filipina antara mata wang ASEAN terjejas oleh pengukuhan dolar AS semasa ditutup hari ini selepas minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) terkini memberi petunjuk mengenai kemungkinan kenaikan kadar faedah, kata ahli ekonomi.