1hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Aktiviti perdagangan domestik Malaysia kekal berdaya tahan dan terus berkembang di tengah-tengah ketidaktentuan geopolitik yang berterusan, menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
1hari ago
GEORGE TOWN, 14 Mei (Bernama) -- Negara-negara Asia dalam industri gentian kimia dan tekstil perlu memperkukuh kolaborasi strategik serta mempercepat peralihan kepada pengeluaran lebih mampan bagi memastikan industri itu terus berdaya saing di peringkat global.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- ESGright Sdn Bhd dilantik sebagai Rakan Pendidikan Bertauliah pertama di Malaysia bagi Kelayakan Asas Perakaunan Kelestarian (FSA) oleh Yayasan Piawaian Pelaporan Kewangan Antarabangsa (IFRS).
2hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Minggu Pembinaan Antarabangsa (ICW) Borneo 2026 dilancarkan secara rasmi di Kota Kinabalu semalam, menandakan penganjuran kali kedua acara industri pembinaan serantau yang memfokuskan pembangunan industri, perbincangan teknikal dan penglibatan pemain industri di Malaysia Timur.
2hari ago
BANGI, 13 Mei (Bernama) -- Pameran dan Persidangan Produk Teknologi Hijau serta Eko Antarabangsa Malaysia (IGEM) dan Sidang Kemuncak Kelestarian Kuala Lumpur (KLSS) 2026 diharapkan dapat menjadi platform strategik kepada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) untuk mempercepatkan agenda pelaburan hijau Malaysia selain mengukuhkan kedudukan negara sebagai hab serantau bagi pertumbuhan lestari.
2hari ago
BANGKOK, 13 Mei (Bernama) -- Pengendali lapangan terbang perlu lebih tangkas, fleksibel dan memperkukuh kerjasama bagi mendepani ketidaktentuan yang semakin meningkat termasuk ketegangan geopolitik, gangguan operasi serta perubahan jangkaan penumpang dalam industri penerbangan global.
2hari ago
Daripada Nurunnasihah Ahmad Rashid
KAZAN (Rusia) 13 Mei (Bernama) -- Acara tahunan KazanForum 2026 merupakan platform bagi menjana pelaburan baharu selain peluang yang merentasi aspek perdagangan, pelaburan dan kewangan Islam antara Rusia dan kalangan negara atau ekonomi Islam.
2hari ago
KAZAN, 13 Mei (Bernama) -- Russia berusaha memperluas kerjasama ekonomi dengan Malaysia dan ASEAN dalam sektor seperti pembuatan jentera, pembangunan perindustrian, pertanian dan industri halal di Forum Ekonomi Antarabangsa Ke-17 ‘Rusia-Dunia Islam: KazanForum 2026’ bermula 12 hingga 17 Mei.
2hari ago
BANGKOK, 13 Mei (Bernama) -- ASEAN menganggap ketidaktentuan geopolitik dan ekonomi semasa membabitkan sektor penerbangan sebagai peluang bagi menyemarakkan kerjasama serantau selain mempercepat pembaharuan yang lama tertangguh.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Malaysia dan China berkongsi peluang besar dalam memperkukuh kerjasama industri nilai tambah berasaskan minyak sawit, khususnya ketika permintaan terus meningkat terhadap produk berasaskan sawit mampan, dipacu prestasi dan penggunaan khusus.
3hari ago
JOHOR BAHRU, 12 Mei (Bernama) -- Usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di Johor digesa memanfaatkan pembangunan dan merebut peluang menerusi Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) sebagai platform utama untuk menembusi rantaian bekalan global.
3hari ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Taiwan sedang berusaha untuk mengukuhkan kerjasama dengan Malaysia dalam rantaian bekalan berteknologi tinggi, khususnya dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E), semikonduktor serta kecerdasan buatan (AI).