Terdapat 51 berita berdasarkan kata kunci carian " bank islam"

Bank Islam Terbit Tranche Kesembilan Sukuk Kanan Murabahah RM1 Bilion

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam) telah berjaya menerbitkan RM1.0 bilion Sukuk Kanan Murabahah di bawah Program Sukuk Murabahah RM10.0 bilionnya pada 25 Julai.

Langkah Fiskal Kerajaan Dijangka Beri Impak Jangka Pendek & Sederhana - Bank Islam

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Langkah fiskal yang diumum kerajaan baru-baru ini dijangka memberi kesan jangka pendek dan sederhana terhadap ekonomi negara khususnya dari segi penggunaan swasta, inflasi dan kedudukan fiskal, menurut Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB). 

CGC Tingkat Ciri Pembiayaan Skim BizJamin MTC, BizJamin-i MTC Sokong Syarikat Pertengahan 

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd (CGC) telah menambah baik ciri pembiayaan di bawah skim BizJamin MTC dan BizJamin-i MTC yang kini membolehkan syarikat pertengahan (MTC) memohon pinjaman berjumlah RM1 juta hingga RM5 juta.

Institusi Perbankan Umum Pengurangan Kadar Asas

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Bank Islam Malaysia Bhd, RHB Banking Group dan Public Bank Bhd telah menyemak semula kadar asas standard (SBR), kadar asas (BR) dan kadar pembiayaan asas (BFR) masing-masing berikutan keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas (bps) daripada 3.00 peratus kepada 2.75 peratus hari ini.

ChemOne Peroleh Perlindungan Insurans Islam US$350 Juta Daripada Unit ISDB

KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- ChemOne Group telah memperoleh perlindungan insurans Islam sebanyak US$350 million (US$1 = RM4.23) daripada unit Islamic Development Bank (IsDB), Islamic Corporation untuk Insurans Pelaburan dan Kredit Eksport (ICIEC).

Inisiatif ISIA 3.0 Bank Islam Sedia Pulangan Kompetitif, Pacu Impak Positif Alam Sekitar

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Bank Islam Malaysia Bhd melancarkan Akaun Pelaburan Lestari Ihsan (ISIA) 3.0, versi ketiga tawaran pelaburan patuh Syariah perintisnya.

PHB Umum 300 Juta Unit AHB Untuk Langganan

KUALA TERENGGANU, 21 Jun (Bernama) -- Pelaburan Hartanah Bhd (PHB) mengumumkan pembukaan 300 juta unit Amanah Hartanah Bumiputera (AHB)  untuk langganan umum.

Bank Islam Lancar IFiRST Untuk Dorong Syarikat Laksana Amalan Lestari

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB) melancarkan IHSAN Financing for Business Resilience, Sustainability and Green Transition (IFiRST) untuk memperkasakan perniagaan khususnya perusahaan kecil dan sederhana dan syarikat peringkat pertengahan dalam menerapkan amalan lebih lestari dan berdaya tahan.

ATLAS By Bank Muamalat: Bank Digital Islamik Pertama Malaysia Berteraskan Keimanan

KUALA LUMPUR, 6 Jun (Bernama) -- Bank Muamalat Malaysia Bhd melancarkan ATLAS by Bank Muamalat, bank digital Islamik pertama di Malaysia, yang berteraskan keimanan dan selaras dengan gaya hidup terkini. 

Untung Bersih Bank Islam Turun Kepada RM126.27 Juta Bagi Suku Pertama

KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) -- Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB) mencatatkan keuntungan bersih RM126.27 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2025, turun 3.53 peratus daripada RM130.73 juta yang direkodkan pada suku sama tahun kewangan 2024.

Metro Glide Muncul Kontraktor Tempatan Berpengaruh Menangi Pelbagai Anugerah

 KUCHING, 8 Mei (Bernama) -- Meskipun perjalanan lebih 20 tahun Metro Glide Sdn Bhd kini diwarnai dengan pelbagai anugerah, namun perjalanan untuk sampai ke tahap itu, bukanlah sesuatu yang mudah.

Hibiscus Petroleum Meterai Perjanjian Pembiayaan Islam RM439 Juta Dengan Bank Brunei

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Hibiscus Petroleum Bhd, melalui anak syarikat milik penuhnya, Simpor Hibiscus Sdn Bhd, menandatangani perjanjian pembiayaan sindiket Islam jangka masa panjang US$100 juta (RM439 juta) dengan Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) dan Baiduri Bank.