Terdapat 50 berita berdasarkan kata kunci carian " francais"

MATRADE Sokong Sasaran Eksport RM2.09 Trilion Menjelang 2030

KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) menyokong sasaran pertumbuhan eksport kasar negara pada kadar purata 5.8 peratus setahun, dengan matlamat mencapai RM2.09 trilion menjelang 2030. 

PT Bank CIMB Niaga Catat Untung Sebelum Cukai Disatukan IDR4.4 Trilion Pada Separuh Pertama 2025

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- PT Bank CIMB Niaga Tbk telah melaporkan keuntungan sebelum cukai disatukan yang belum diaudit sebanyak IDR4.4 trilion bagi separuh pertama 2025 berakhir pada 30 Jun, 2025 (S12025), yang diterjemahkan kepada pendapatan sesaham sebanyak IDR137.43. 

Proton International Corp Sasar Eksport 6,000 Unit Kenderaan Pada 2025

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) --  Proton Holdings Bhd (Proton) menerusi anak syarikat milik penuhnya Proton International Corporation Sdn Bhd (PICSB) menyasarkan untuk mengeksport sebanyak 6,000 unit kenderaan pada tahun ini.

YelaoShr Kini Francais Berlesen, Sasar 300 Pusat Di Seluruh Negara Menjelang 2028

PETALING JAYA, 23 Julai (Bernama) -- Penyedia perkhidmatan pendidikan, YelaoShr Education Group Sdn Bhd secara rasminya telah beralih kepada francais berlesen di bawah nama YelaoShr, dengan rancangan pengembangan rangkaiannya ke 300 pusat di seluruh negara menjelang 2028.

Exim Bank, Marrybrown Memeterai Perjanjian Pengembangan Di Australia

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) - Export-Import Bank of Malaysia Bhd (EXIM Bank) telah merasmikan perjanjian pembiayaan dengan Marrybrown Australia Pty Ltd untuk menyokong pembukaan 10 cawangan restoran itu di seluruh Victoria, Australia.

Ahmad's Fried Chicken Mahu "Meriahkan" Pasaran Makanan Segera Tempatan

Oleh Ahmad Idzwan Arzmi

KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Ketika perniagaan bakeri dalam talian yang diusahakan merosot semasa pandemik COVID-19, sepasang suami isteri menukar haluan dengan memilih perniagaan ayam goreng apabila mendapati wujudnya gelombang minat orang ramai terhadap sajian itu terutama keluaran tempatan.

Ai-CHA Dapat Dua Pengiktirafan Malaysia Book Of Records

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Jenama aiskrim dan teh terkemuka Indonesia, Ai-CHA mencipta sejarah tersendiri apabila mendapat dua pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBR) bagi ‘Rangkaian Kedai Aiskrim Paling Banyak Dibuka Dalam Setahun' dan 'Rangkaian Kedai Minuman Paling Banyak Dibuka Dalam Setahun’.

CIMB Catat Keuntungan Bersih Suku Pertama Sebanyak RM1.97 Bilion

KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih CIMB Group Holdings Bhd meningkat 9.6 peratus kepada RM1.97 bilion pada suku pertama tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025 berbanding RM1.94 bilion yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun sebelum ini.

EXIM Bank, Marrybrown Meterai MoU Bagi Memacu Pengembangan Rangkaian Ke Australia

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Export-Import Bank of Malaysia Bhd (EXIM Bank) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Marrybrown Sdn Bhd untuk menjadi penyokong utama dalam pengembangan rangkaian makanan segera halal Malaysia ke Australia.

Nor Shahrizan Sulaiman Dilantik Sebagai Pegawai Bertanggungjawab Maybank Islamic

KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Maybank Islamic Bhd (MIB) melantik Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya Nor Shahrizan Sulaiman sebagai Pegawai yang Bertanggungjawab.

Pasaran Berkembang Pesat Francais Indonesia Buka Peluang Jenama Malaysia - Tpm Ahmad Zahid

JAKARTA, 21 April (Bernama) -- Industri francais Indonesia yang berkembang pesat menawarkan peluang pertumbuhan penting bagi perniagaan Malaysia yang berhasrat memperkukuh operasi di peringkat serantau, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

MRCA, DOSM Jalin Kerjasama Tingkatkan Analisis Data Sektor Peruncitan

PUTRAJAYA, 7 Mac (Bernama) -- Persatuan Rantaian Peruncitan Malaysia (MRCA) dan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) bekerjasama untuk mempertingkatkan pengumpulan dan analisis data dalam sektor runcit.